Peminat bola sepak sambut baik pertemuan kerabat diraja Johor, Selangor

Peminat bola sepak menyifatkan pertemuan itu sebagai langkah positif dalam hubungan dua negeri dan kelab bola sepak masing-masing

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) semasa pertemuan mereka semalam. - Gambar Facebook DYMM Tunku Mahkota Johor, 3 Disember 2024

KUALA LUMPUR — Pertemuan antara Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menarik perhatian peminat bola sepak kedua-dua negeri yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang positif.

Pertemuan itu turut disertai oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di satu lokasi yang tidak didedahkan.

Gambar-gambar pertemuan tersebut dimuatnaik dalam media sosial Tunku Ismail, menunjukkan pertemuan mesra bersama Sultan Sharafuddin dan Tengku Amir.

Difahamkan pertemuan itu diadakan di Hotel Four Seasons, di sini.

Hantaran Tunku Ismail di Facebook itu mengundang reaksi peminat bola sepak, memandangkan sejarah pergeseran di antara dua kerabat diraja itu disebabkan persaingan sengit antara pasukan bola sepak Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) yang dipimpin mereka.

Serangan asid ke atas penyerang Selangor FC, Faisal Halim pada Mei lalu memburukkan lagi hubungan mereka.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) bersalaman pada pertemuan mereka semalam. – Gambar Facebook DYMM Tunku Mahkota Johor, 3 Disember 2024

Salah seorang pengguna Facebook, Hamizan Salleh menulis”

“Bersaing di padang tetapi santau bersama-sama di luar. Daulat Tuanku’’.

Seorang pengguna lain, Zaid Majid pula berkata:
“Hubungan antara kerabat diraja di belakang JDT & Selangor sangat baik. Harap peminat boleh melakukan perkara yang sama,’’ kata seorang lagi pengguna, Zaid Majid

Manakala seorang pengguna lain dikenali sebagai Kecik AR, pula berharap supaya peminat juga bersatu.

“Saya gembira melihat gambar-gambar ini. Mereka OK. Pemain yang tidak OK. Semoga semuanya terus baik dengan kerabat diraja Malaysia… Harap selepas ini, peminat juga akan bersatu,’ tulis seorang pengguna lain bernama Kecik AR.”

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpelukan selepas pertemuan mereka semalam. – Gambar Facebook DYMM Tunku Mahkota Johor, 3 Disember 2024

Seorang lagi netizen, Bro Azam memuji kerabat diraja, menggesa mereka untuk terus mengadakan perbincangan jujur antara satu sama lain.

“Kongsi pandangan anda antara satu sama lain demi kepentingan terbaik kedua-dua negeri dan membina solidariti demi ekonomi, sukan, dan budaya. Daulat Tuanku. Johor dan Selangor adalah kawan,’ katanya. – 3 Disember 2024