Sukan Asia: Kuartet 4×100 Malaysia raih gangsa, penyertaan Bahrain dibatalkan

Terdahulu, kuartet negara berada di tempat keempat acara itu

Khabar gembira buat Malaysia apabila kuartet 4x100 meter (m) wanita negara diumum sebagai pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou, Chian, sebentar tadi. - Gambar media sosial, 3 Oktober, 2023

KUALA LUMPUR – Khabar gembira buat Malaysia apabila kuartet 4×100 meter (m) wanita negara diumum sebagai pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou, Chian, sebentar tadi.

Ia sebenarnya keputusan mengejutkan kerana terdahulu, kuartet dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Shereen Samson Vallabouy itu mengakhiri saingan di tempat keempat.

Bagaimanapun, kuartet Bahrain yang meraih tempat ketiga dibatalkan penyertaannya.

BERITA LANJUT MENYUSUL