KUALA LUMPUR – Sudah sekian lama peminat menantikan kemunculan filem aksi, Rebel: Berontak Untuk Berotak yang diterbitkan dan diarahkan Datuk Awie menerusi syarikat produksi miliknya, Rumah Produksi Merah bersama Wau Productions.
Akhirnya filem yang mengisahkan mengenai perseteruan antara Luka dan Bono meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan sama ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2 Mei ini.
Bercakap kepada Scoop, Awie berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk mengarahkan sebuah filem aksi.
“Saya suka nak arah filem aksi kerana tak banyak filem seperti itu di Malaysia. Satu lagi, saya sendiri memang suka mengarah filem sebegini.
“Saya juga pernah mengarahkan babak aksi dalam filem Iskandar pada 2003 apabila pengarahnya. V. Nagaraj memberi peluang kepada saya untuk bertindak sebagai pengarah dan kareografer aksi,” katanya.
Dedah Awie atau nama penuhnya, Ahmad Azhar Othman, 55, peluang mengarahkan filem Rebel bermula selepas berlakunya pertemuan dengan Allahyarham Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London (pengarah, pelakon dan bekas Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).
“Arwah bersama penerbit datang berjumpa saya dan kami berbincang mengenai filem Rebel, namun agak terkejut apabila mereka turut menawarkan saya mengarahkan filem ini.
“Secara jujurnya, saya anggap ini satu tanggungjawab besar. Apapun saya terharu dengan peluang diberikan dan menerimanya dengan hati terbuka kerana peluang ini sudah lama dinantikan,” katanya.
Walaupun filem tersebut cetusan ideanya, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau sebarang pertubuhan yang ada di negara ini.
“Apa yang ingin saya paparkan adalah mengenai proses baik pulih dalam sesebuah pertubuhan yang mungkin ada berlaku sebarang kepincangan.
“Selain itu, intipati paling utama yang ingin saya paparkan adalah sikap rebel atau memberontak yang ada dalam diri dan jiwa seorang.
“Dalam kehidupan ini, setiap manusia tak ingin dilahirkan jadi jahat. Tentu ada punca yang membuatkan individu itu mempunyai sikap rebel dalam dirinya. Itu yang ingin saya tonjolkan dalam filem ini,” ujarnya.
Mengenai pemilihan Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama, Awie merasakan sudah tiba masanya untuk industri perfileman menampilkan muka baharu pelakon dalam filem aksi.
“Begitu juga dengan MK yang lebih menonjol dalam bidang nyanyian dan sudah mula aktif berlakon. Sepanjang penggambaran, saya lihat dia mempunyai kebolehan dan bakat yang besar,” katanya. – 28 Mac, 2024
“Memang saya rancang untuk tampilkan pelakon seperti Ben Amir yang sebelum ini lebih dikenali dengan naskhah romantik. Jadi, saya cuba nak ubah dia untuk jadi hero dalam filem aksi pula.
“Begitu juga dengan MK yang lebih menonjol dalam bidang nyanyian dan sudah mula aktif berlakon. Sepanjang penggambaran, saya lihat dia mempunyai kebolehan dan bakat yang besar,” katanya. – 28 Mac, 2024