Demi idola: Fadzil Zahari sunting gambarnya dengan David Beckham, Raf Yaakob pula dapat tandatangan legenda itu di jersi

Ramai juga yang menyerbu The Exchange, TRX semata-mata untuk bertemu dengan David Beckham

Raf Yaakob antara yang bertuah bukan sahaja berpeluang bertemu David Beckham, malah mendapat tandatangan legenda Manchester United itu di jersinya. - Gambar Instagram Raf Yaakob, 1 Februari, 2024

KUALA LUMPUR – Nampaknya ramai sungguh yang mengidolakan pemain bola sepak legenda, David Beckham sehingga sanggup terjah ke pusat beli-belah, The Exchange TRX semata-mata untuk berjumpa dengan suami kepada Posh Spice itu.

Yang tidak berkesempatan untuk bertentang mata pula sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan hati, termasuklah membuat suntingan dengan menyatukan gambar bersama bintang England, Manchester United dan Real Madrid itu.

Tindakan Fadzil Zahari menyunting gambarnya bersama David Beckham mencuit hati ramai pengikutnya di media sosial. – Gambar Instagram Fadzil Zahari, 1 Februari, 2024

Itulah yang dilakukan oleh pelakon Fadzil Zahari yang juga adik kepada Farid Kamil serta suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Dengan kreatifnya, Fadzil menggabungkan gambarnya dengan foto Beckham berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas, KLCC yang masih tular hingga sekarang.

Lucunya, Fadzil juga menggunakan posisi yang sama seperti Beckham sehingga menarik tumpuan pengikutnya di media sosial.

Dalam tempoh tiga jam, gambar suntingan dimuatnaik Fadzil meraih tanda suka lebih daripada 2,500 dan rata-rata pengikutnya, meninggalkan pelbagai komen lucu.

Begitupun paling beruntung tentulah Raf Yaakob, iaitu adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Bukan setakat bergambar dengan Beckham, Raf juga berpeluang untuk berborak dengan bekas pemain bola sepak United itu.

Bahkan, yang mungkin boleh membuatkan ramai cemburu apabila Raf berpeluang mendapatkan tandatangan Beckham di jersi yang dipakainya. Untunglah…

Terpancar kegembiran di wajah Raf apabila dia mendapat peluang keemasan itu daripada bintang idolanya. – 1 Februari, 202