Syafiq Kyle dan Mimi Lana tonjol kepakaran curi cincin jutaan ringgit dalam The Experts

Filem heist baharu terbitan Astro Shaw turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Remy Ishak dan Ray.

Walaupun telah membatalkan majlis pernikahan mereka, namun Syafiq Kyle dan Mimi Lana tetap bekerja secara profesional dan bakal muncul sebagai perompak level atasan dalam filem heist, The Experts. - Gambar Instagram Syafiq Kyle, 31 Januari, 2024

KUALA LUMPUR – Biarpun mahligai perkahwinan yang mahu dibina tidak kesampaian, pelakon muda, Syafiq Kyle dan Mimi Lana masih lagi berkawan baik, malah mampu bersikap profesional untuk bergandingan dalam satu produksi drama atau filem yang sama.

Buktinya, Syafiq dan Mimi antara barisan pelakon terpilih untuk membintangi filem The Experts bersama Datuk Aaron Aziz, Remy Ishak dan Ray yang telah pun tamat penggambarannya pada awal September tahun lalu.

Dalam filem arahan Andre Chiew bersama Nazim Shah itu, Syafiq Kyle dan Mimi memegang watak sebagai adik-beradik yang cukup pakar melakukan rompakan secara besar-besaran.

Pasti peminat Syafiq dan Mimi, khususnya peminat filem heist tidak sabar menantikan kemunculan filem ini kan?

Khabarnya filem bergenre aksi rompakan itu juga bakal menjadi salah satu naskhah heist level baharu untuk 2024. Jadi, kita sama-sama nantikan.

Di bawah ini adalah gambar pertama dari filem ‘The Experts’ yang cukup dinanti-nantikan. Naskhah filem ini ditulis Ayam Fared, Abhilash Chand, Mamu Vies, Kyle Goonting dan Joel Soh. – 31 Januari, 2024