“Tiada apa yang boleh menyinggung perasaan saya”, Syada Amzah sentiasa sedar kekurangan dirinya

Daripada soal fesyen pakaian, perbandingan suara dengan kakaknya sehinggalah kepada warna giginya, Syada Amzah sering sahaja menjadi mangsa kecaman netizen

Biarpun sering menjadi mangsa kecaman netizen terutama mengenai soal fesyen baju, suara dan giginya, namun adik kepada Shila Amzah (tengah), Syada Amzah mengakui, semua kata-kata itu tidak menyinggung perasaannya kerana dia tidak sempurna. - Gambar Instagram, 30 November, 2023

KUALA LUMPUR – Daripada soal fesyen baju, perbandingan suara dengan kakaknya sehinggalah kepada warna giginya, Syada Amzah sering sahaja menjadi mangsa kecaman netizen.

Namun, segala kecaman itu bagaimanapun tidak diendahkan serta tidak menjadi kudis buat adik kepada penyanyi popular, Shila Amzah ini,

Bahkan, Syada yang sudah pun muncul dengan single baharu, Hasrat terbitan Xeno Entertainment mengakui dia sentiasa menyedari kekurangan yang ada pada dirinya.

“Baju dia nampak macam baju 90-an, ya saya berkongsi baju dengan ibu”

“Gigi dia berkarang, kuning”, ya saya ada fluorosis (terlebih fluoride dan terlalu banyak berus gigi)”.

“Suara dia tak setanding kakaknya”, ya dia antara idola saya di dalam nyanyian. Saya bersyukur dia adalah kakak kandung saya. Alhamdulillah,” katanya

Menurut Syada, kata-kata kecaman seperti itu sama sekali tidak menyinggung perasaannya.

“Tiada apa yang boleh anda katakan untuk menyinggung perasaan saya jika saya tidak merasa tersinggung. Bukan riak, cuma sekurang-kurangnya saya sedar diri saya tak sempurna,” katanya lagi.

Syada bagaimanapun bertuah kerana memiliki kelompok pengikut dan peminat sendiri yang setiasa memberikan semangat serta turut menyokong kerjaya seninya.

Komen @wawakongsparx: “Kenapalah netizen mulut jahat sangat.

“Sokonglah dia untuk berjaya macam kakak dia. Dia tetap buat biarpun dia tahu dia akan dibandingkan. Sekurang-kurangnya dia sedang usaha untuk berjaya dengan nama sendiri. Terus melakukannya!”.

Ini pula komen fatihahjafri: “Abaikan sahaja semua komen negatif Syada dan selalunya menjadi versi kamu yang lebih baik”.

Pemilik akaun Anysbiey pula berkata: “Suka sangat cara kamu menangani negativiti. Sentiasa positif Syada!”. – 30 Disember, 2023