KUALA LUMPUR – Pelakon, Mona Allen yang juga isteri kepada Pekin Ibrahim kini sedang hamil anak kedua mereka.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Mona atau nama sebenarnya Munna Haferaneza Allen, 38, menerusi hantaran yang dimuatnaik di Instagram.
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah saya dan suami bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Abang Petra. Inshaallah pertengahan tahun hadapan,
“Alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester ke-2. Sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya.
“Terima kasih juga atas doa semua sahabat, keluarga dan rakan-rakan Instagram yang tidak putus dan sentiasa mendoakan saya dan keluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua,” tulisnya.
Mona sebelum ini telah melahirkan anak sulungnya iaitu Petra pada Hari Kemerdekaan tahun lalu selepas empat tahun menanti.
Sebelum ini pasangan ini sering berusaha untuk mendapatkan zuriat dengan melakukan pelbagai rawatan dan kaedah.
Malah Mona hamil selepas Pekin dikatakan telah minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa. – 26 Disember 2023