Syafie Naswip selamat bernikah dengan Afiqah Ishak

Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri dalam majlis yang berlangsung di Putrajaya pagi tadi

Syafie Naswip (kiri) bersama pasangannya, Nor Afiqah Ishak (kanan). Majlis pernikahan mereka disiarkan secara langsung menerusi akaun Instagram Syafie - Gambar Instagram Badrul Hashim, 23 Disember, 2023

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Syafie Naswip, 31, selamat bernikah dengan pasangannya yang merupakan seorang pelakon dan model, Nor Afiqah Ishak dalam majlis yang berlangsung di Putrajaya, pagi tadi.

Hanya dengan sekali lafaz, Syafie sah menjadi suami kepada Afiqah. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. 

Syafie menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Afiqah.

Majlis pernikahan disiarkan secara langsung menerusi akaun Instagram Syafie.

Difahamkan Syafie dan Nor Afiqah mula berkenalan sewaktu kedua-duanya membintangi sebuah drama pada 2021 – Gambar Instagram Badrul Hashim, 23 Disember, 2023

Semalam Syafie menerusi hantaran di Instagram memberitahu bahawa dia akan memaklumkan sesuatu dengan membuat pengumuman pada hari ini jam 10 pagi.

Difahamkan pasangan ini mula berkenalan sewaktu kedua-duanya membintangi sebuah drama pada 2021.

Namun mereka tidak pernah berkongsi mengenai hubungan mereka sehinggalah hari diijabkabulkan. – 23 Disember, 2023