KUALA LUMPUR – Pelakon kacak, Dini Schatzmann dikecam netizen gara-gara mempromosikan minuman kola dari jenama terkenal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Israel.
Dini atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann, 29, memuat naik fotonya yang mempromosikan minuman itu di Instagram.
“Minuman kegemaran yang melengkapkan setiap hidangan dan membuatkan semuanya terasa sempurna,” tulisnya menerusi kapsyen.
Disebabkan tindakannya, ruangan komen di hantaran itu dihujani dengan kecaman dan komen netizen yang meluahkan kekecewaan.
Rata-rata mereka turut kesal dengan tindakan suami Janna Nick itu yang tidak sensitif dengan nasib menimpa rakyat Palestin.
“Minum darah Palestin, boikot,” tulis seorang pengguna Instagram.
Bagaimanapun, Dini menutup ruangan komen hantaran terbabit selepas ia dipenuhi kata-kata kecaman. – 20 Disember 2023