KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat telah selamat melahirkan anak keduanya semalam.
Berita gembira itu dikongsikan Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 31, di Instagram.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi (semalam).
“Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“Sekarang mommy dan dadda tengah kembali ke dunia zombi,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Walau bagaimanapun, Ayda belum mendedahkan wajah dan nama bayinya.
Sebelum ini Ayda dan suaminya, Nabil Mahir dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ana Nayla yang kini berusia dua tahun. – 13 Disember, 2023