KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan sensasi, Mawar Rashid dipercayai sudah memadam gambar suaminya di Instagram serta tidak lagi mengikuti akaun Raf Yaakob.
Menurut laporan yang dikeluarkan beberapa portal berita, pasangan tersebut dikatakan dalam proses perceraian dan sepatutnya hadir ke mahkamah.
Sebelum ini sudah ada gosip mengatakan rumah tangga mereka dilanda badai.
Malah, keputusan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, untuk tidak lagi bertudung juga menjadi punca keretakan rumah tangganya.
Mawar ketika dihubungi pihak media bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan itu.
Pasangan itu berkahwin pada 2017.
Sepanjang enam tahun berkahwin, Mawar dan Raf dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang berusia 10 bulan. – 23 November, 2023