Peminat tiba-tiba pengsan, persembahan Rizky Febian di Kuala Lumpur dihenti

Konsert itu terhenti selama kira-kira 10 minit sehingga individu terbabit dibantu pasukan medik

Insiden peminat pengsan itu tidak menjejaskan momentum konsert terbabit apabila Rizky kembali menghiburkan ribuan peminatnya - Helmi Anuar/Scoop, 3 November, 2023

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian terpaksa menghentikan sebentar persembahannya di konsert An Album Live Concert Berona Day di Mega Star Arena, gara-gara seorang peminatnya pengsan.

Konsert itu terhenti selama kira-kira 10 minit sehingga individu terbabit dibantu pasukan medik.

Peminat itu berada di kawasan hadapan pentas di zon berdiri.

Bagaimanapun, insiden itu tidak menjejaskan momentum konsert terbabit apabila Rizky kembali menghiburkan ribuan peminatnya.

Rizky Febian turut mengundang artis Malaysia, Irfan Haris untuk menyampaikan lagu duet berjudul Luka bersamanya – Gambar Instagram, 3 November, 2023

Pada konsert itu, Rizky menyampaikan rangkaian lagu popularnya dan lagu daripada album terbarunya Berona Day.

Rizky turut mengundang artis Malaysia, Irfan Haris untuk menyampaikan lagu duet berjudul Luka bersamanya.

Konsert An Album Live Concert Berona Day Rizky Febian dibawakan khas Hitman Solutions. – 3 November, 2023