KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nelydia Senrose dilihat menukar gambar profil di akaun Instagram miliknya kepada foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung.
Malah, terdahulu Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, memuatnaik video di ‘Instagram Story’ bermain badminton bersama saudara dan rakannya dengan memperlihatkan dia tidak lagi memakai tudung.
Bagaimanapun, video berkenaan sudah dipadam daripada hantaran itu.
Justeru, ia mencetuskan persoalan adakah artis cantik itu tidak lagi bertudung.
Kali terakhir pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu memuatnaik hantaran di ‘Instagram feed’ adalah pada 1 Ogos lalu.
Dalam video dikongsikan di platform itu adik kepada aktres Uqasha Senrose berkenaan masih dilihat memakai tudung.
Pada 2022, Nelydia dan suami mengerjakan haji dan sejak pulang daripada menunaikan rukun Islam kelima itu, dia dilihat terus mengenakan hijab.
Usaha Scoop untuk menghubungi Nelydia gagal apabila telefonnya dimatikan. – 4 Oktober 2023.