Apa sudah jadi dengan wajah Aishwarya? Perubahan wajahnya sewaktu tampil di Minggu Fesyen Paris menerima kecaman hebat netizen

Perubahan wajah isteri aktor Abhishek Bachchan itu mengundang spekulasi dalam kalangan netizen sehingga trending di platform X

Bintang Bollywood yang juga bekas ratu cantik terkemuka, Aishwarya Bachchan menerima kecaman hebat berikutan penampilannya di Minggu Fesyen Paris, tersebar luas melalui pelbagai platform media sosial. - Gambar Instagram Aishwarya, 3 Oktober, 2023

KUALA LUMPUR – Bintang Bollywood yang juga bekas ratu cantik, Aishwarya Rai Bachchan menerima kecaman hebat berikutan penampilannya di Minggu Fesyen Paris yang tersebar luas melalui pelbagai platform media sosial.

Biarpun kelihatan anggun dan jelita mengenakan gaun emas yang bergemerlapan, netizen tertanya-tanya apa sudah jadi dengan wajahnya kerana kelihatan sembab semacam!

Biar dihujani pelbagai kecaman netizen, peminat setia tetap menganggap Aishwarya Rai mempesona dan menawan. – Gambar Instagram Aishwarya, 3 Oktober, 2023

Perubahan wajah isteri aktor Abhishek Bachchan itu mengundang spekulasi dalam kalangan netizen, sehingga ia menjadi trending di platform X.

Rata-rata netizen berpendapat aktres yang pernah tersenarai sebagai antara wanita paling jelita di dunia itu, menggunakan suntikan botox berlebihan untuk menghaluskan garisan kedut di wajahnya.

“Saya mahu memecat pasukan botoxnya,” kata pengguna platform X.

Antara wajah-wajah superstar di pentas peragaan mahupun lakonan yang turut bersama Aishwarya Rai di Minggu Fesyen Paris. – Gambar Instagram Aishwarya, 3 Oktober, 2023

Manakala seorang pengguna menambah, ‘Wajahnya kelihatan teruk, seperti alien. Rambutnya mengerikan. Pakaiannya juga salah untuk jenis badannya. Dia perlu memecat seluruh pasukannya yang melakukan semua ini kepadanya”.

“Mata saya, mata saya!!! Apa yang dia dilakukan dengan wajahnya. Adakah dia menambah ‘filler’,” soal seorang pengguna.

Sementara pengguna lain berkata, ‘Wajahnya. Tolong hentikan botox. Ia sangat teruk. Pakaian teruk. Rambut juga menjijikkan sepertu selalu,” katanya.

“Aunty (makcik), tolong jangan keterlaluan dengan filler dan botox. Anda tidak perlu merosakkan muka anda,” kata pengguna.

“Untuk seketika saya fikir itu adalah Nita Ambani. Dengan filler dan botox itu, mereka seolah berubah menyerupai satu sama lain,” tulis seorang lagi pengguna.

Perubahan wajah Aishwarya mungkin disebabkan faktor usia dan berat badan. – Gambar Instagram Aishwarya, 3 Oktober, 2023

Bermacam-macam kecaman lain diterima termasuk digelar tua, hodoh dan gemuk, namun semua itu tidak diendahkan peminat setianya.

Malah, mereka menganggap perubahan wajah Aishwarya itu adalah disebabkan faktor pertambahan usia dan berat badannya.

Bagi mereka, Aishwarya tetap memiliki wajah semula jadi cantik dan asli.

Aishwarya membuat penampilan di runaway acara berprestij itu dan menguasai pentas bagaikan seorang ratu.

Aishwarya dan anak tunggalnya Aaradhya Bachchan (tengah) kelihatan cukup mesra dengan Kendall Jenner di Minggu Fesyen Paris. – Gambar Instagram Aishwarya, 3 Oktober, 2023

Bahkan, dia turut mencairkan hati peminat apabila memberi ‘flying kiss’ dan mengenyit mata.

Dia juga berpeluang berkongsi pentas dengan Kendall Jenner dan bergurau senda dengan adik-beradik Kardashian itu. Makan hati tak? – 3 Oktober, 2023