Netizen teruja bila Diana Danielle lancar MV kedua Bersama Dengan Rindu dengan Farid Kamil, siap tanya ada sambungan tak?

Ramai netizen yang tertanya apakah MV ini akan ada sambungannya kerana penamat MV tersebut seolah-olah tergantung

Peminat teruja apabila Diana Danielle mengumumkan bahawa MV kedua Bersama Dengan Rindu menampilkan model asalnya iaitu Farid Kamil dan ramai yang menyerbu pautan MV tersebut di YouTube. - Gambar Instagram Diana Danielle, 30 September, 2023

KUALA LUMPUR — Wah! Bukan main seronok dan teruja peminat-peminat apabila pelakon hebat yang kini bergelar penyanyi iaitu Diana Danielle mengumumkan video muzik (MV) kedua Bersama Dengan Rindu yang sebelum ini dihasilkan tetapi tidak dilancarkan sudah pun boleh ditonton di YouTube.

“Model original mv Bersama Dengan Rindu adakah Farid Kamil. Ia menjalani penggambaran pada awal 2023 dan saya mahu berkongsi versi yang saya cukup teruya menjayakan ini pada esok malam di YouTube,” kata Diana.

Diana membuat pengumuman tersebut menerusi hantaran di akaun Instagram dan siap menyertakan pautan MV tersebut menerusi IG Story miliknya.

Apalagi berbondong-bondonglah peminat-peminat menyerbu pautan mv yang ditayangkan di saluran YouTube miliknya sendiri, Diana Danielle.

Dalam tempoh 20 jam sahaja ia dilancarkan, muzik video tersebut telah meraih jumlah tontonan sebanyak 8,222 orang. Semua gara-gara kerana kemunculan Farid Kamil di dalam MV tersebut.

Sebulan yang lalu, Diana telah melancarkan MV Bersama Dengan Rindu yang pertama tetapi ia menampilkan seorang model lelaki bergandingan bersama pelakon wanita baharu, Sarah Mac.

MV yang baharu ini bagaimanapun masih mengekalkan Sarah Mac sebagai model perempuannya.

Meninjau komen-komen daripada peminat, ada yang menyatakan rasa gembira mereka apabila melihat Farid dan Diana sudah kembali bersama dan mereka menerima banyak ucapan tahniah.

Ada juga yang mendoakan agar kebahagian rumhtangga mereka akan terus berkekalan sehingga ke jannah dan mengatakan mereka memang sesuai dan ditakdirkan bersama.

Ada yang memuji suara Diana Danielle dan mengatakan suaranya sedap. Tidak kurang juga yang memuji lagu ciptaan Azra Kong itu. Sedap untuk didengar tidak terlalu menyakitkan telinga. Ada yang berpendapat lagu itu adalah material lagu yang sesuai untuk Anugerah Juara Lagu.

Ada juga yang mengatakan vibes MV ini macam filem Magik atau Lagenda Budak Setan. Namun, ramai netizen yang tertanya apakah MV ini akan ada sambungannya kerana penamat MV tersebut seolah-olah tergantung. Mungkin juga ya!

Apapun, lagu Bersama Dengan Rindu ini memang sedap didengar dan sesuai sekali dengan vokal Diana. Semoga Diana dan Farid terus kekal bahagia bersama. – 29 September, 2023