KUALA LUMPUR – Semalam, suasana pusat membeli-belah Sogo telah bertukar menjadi havoc dek kerana kehadiran bintang terkemuka Hollywood, Paris Hilton yang telah sanggup datang ke situ bertemu peminat demi mempromosikan wangian terbarunya, Ruby Rush.
Tampil cantik menawan bak Barbie Doll sehingga membuat ramai yang terpana dan kagum, kehadiran Paris turut diraikan bersama beberapa selebriti tempatan.
Antaranya pelakon Afifah Nasir bersama tiga adik beradik perempuan mereka yang lain iaitu Diana, Nazirah dan Mia. Sayangnya, yang tidak kelihatan adalah pelakon Anzalna Nasir.
Apapun, kesemua adik-beradik Nasir yang juga anak kepada Prof Nasir iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Kemajuan Filem Negara (FINAS) ini mereka memang digelar Kardashian Malaysia.
Bukan main seronok lagi mereka semua apabila dapat bergambar, berautograf dan berborak dengan penyanyi Stars Are Blind itu sampaikan mereka turut menyanyikan lagu tersebut di hadapan Paris.
Paris turut memuji kesemua adik-beradik Kardashian Malaysia itu.
“Sisters are gorgeous”.
Namun yang paling seronok sekali adalah Afifah Nasir sehingga banyak memuatnaik gambar dan video dia dan kesemua adik-beradiknya di dalam instagramnya.
Afifah turut berkongsi tag video tersebut kepada Paris Hilton dan Paris telah menjawabnya: #Sliving with the sisters.
Wah! Untunglah Paris Hilton dah jadi bestie Afifah. Sementara itu, ada netizen yang mengakui cemburu bila adik-beradik Kardashian Malaysia itu mendapat peluang untuk mendekati Paris dalam momen yang cukup intim itu. – 14 September, 2023