Sibuk kain orang, kain sendiri terbuka : Ali Puteh sindir Abby Abadi

Pelawak kontroversi itu menyindir Abby Abadi menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Insta Story

Abby Abadi pernah memberikan komen mengenai isu Ali Puteh (gambar) bersama kakak iparnya, Hidayah satu ketika dahulu - Gambar Instagram, 10 September, 2023

KUALA LUMPUR — Pelawak kontroversi, Ali Puteh menyindir Abby Abadi dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya susulan tular berita mengenai anak perempuan Abby yang didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, memuat naik dua keratan akhbar yang mengaitkan Abby Abadi.

Ali Puteh memuat naik dua keratan akhbar yang mengaitkan Abby Abadi di media sosialnya – Tangkapan layar, 10 September, 2023

Salah satunya adalah berita mengenai Abby yang pernah memberikan komen mengenai isu Ali bersama kakak iparnya, Hidayah satu ketika dahulu.

“2020 berlalu kini 2023. Moga baik-baik sahaja buat keluarganya. Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka,” tulis Ali dalam hantaran tersebut.

Sejak Jumaat lalu, nama Abby Abadi menjadi sebutan ramai selepas kisah anak perempuannya iaitu Marissa Dania Hakim tular kerana dikatakan menjadi ‘penyondol’ suami orang sehingga menyebabkan penceraian. – 10 September, 2023