Apa sudah jadi pada Yonnyboii?, semua gambarnya lenyap di Instagram!

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sakit ini telah memadam semua gambarnya di akaun Instagram sekali gus menimbulkan persoalan apa yang sedang berlaku kepadanya

Sehingga kini, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin juga masih membisu tanpa sebarang kenyataan bagi menjelaskan perkara itu. - Gambar media sosial, 7 September, 2023

KUALA LUMPUR — Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba semua gambar pada akaun Instagram milik penyanyi, rapper dan komposer Yonnyboii hilang.

Peminat dan netizen semua tertanya-tanya apa sudah jadi. Adakah Yonny dalam keadaan okay? Masakan tidak, Yonny yang sebelum ini aktif memuat naik hantaran gambar dan video aktiviti seni lenyap begitu saja.

Malah, peminat juga tidak dapat lagi melihat momen Yonny bersama isteri, Nik Nazira Narriman seperti yang dikongsikan sebelum ini.

Status terkini akaun Instagram Yonnyboii yang masih tiada sebarang aktiviti. – Gambar media sosial, 7 September, 2023

Sehingga kini, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin juga masih membisu tanpa sebarang kenyataan bagi menjelaskan perkara itu.

Dalam pada itu, wakil Universal Music Malaysia Anne Mukhtar, memaklumkan Yonny mahu diberikan ruang seketika sebelum kembali memulakan kerja seninya.

“Insya-Allah, Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa dan ruang untuk bertenang. Sampai masa nanti, dia akan muncul dan kembali semula,” katanya.

Sebelum ini, Yonny berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada hari Awal Muharram.

Kali terakhir Yonny muncul dengan single baharu berjudul Flash & Dash, kolaborasi bersama Guccimith.

Scoop juga sempat bertemu dengan Yonny dan isterinya ketika menghadiri KL Fashion Week dua minggu lepas. Semoga Yonny berada dalam keadaan baik-baik sahaja. – 7 September, 2023