Umum mengetahui selebriti Bollywood gemar menjalani kehidupan glamor. Walaupun jadual penggambaran agak padat, mereka akan cuba mencuri sedikit masa untuk bersuka ria bersama rakan-rakan.
Namun, ada di antara mereka tidak merokok dan menjauhi minum minuman keras kerana amat menitikberatkan penjagaan kesihatan. Siapakah selebriti itu?
Amitabh Bachchan
Superstar Bollywood, Amitabh Bachchan sering membawa watak seorang ‘kaki botol’ dalam filem dibintangnya dan ramai berpendapat tiada siapa mampu melakonkan adegan itu lebih baik daripada beliau.
Tetapi, tahukah anda bahawa Amitabh atau lebih dikenali sebagai Big B tidak pernah menyentuh alkohol mahupun merokok dalam kehidupan sebenar.
Akshay Kumar
Suami kepada aktres Twinkle Khanna ini antara aktor paling aktif dan cergas dalam industri perfileman. Dia amat berdisiplin dan semua orang tahu dia tidur awal dan bangun awal. Aktor ini juga gemar bersenam dan tidak merokok mahupun minum arak.
Abhishek Bachchan
Suami kepada aktres Aishwarya Rai ini juga turut mengikut jejak langkah bapanya, Amitabh Bachchan. Dia tidak menyentuh arak dan merokok di dunia nyata. Memang seorang lelaki yang sempurna!
John Abraham
John Abraham berusaha keras menempatkan dirinya dalam industri perfileman dan turut mendapat penghargaan atas prestasi dan kecergasannya. Aktor kacak dan bertubuh sasa ini tidak minum atau merokok. Dia lebih gemar menjalani kehidupan sederhana dan tidak suka menghadiri majlis keramaian.
Deepika Padukone
Bintang utama filem Pathaan ini antara aktres yang mendapat bayaran tertinggi dalam industri perfileman. Di sebalik kekayaan dimilikinya, Deepika tidak merokok mahupun minum alkohol walaupun ada kalanya suka berpesta.
Sidharth Malhotra
Membuat penampilan sulungnya dalam filem The Student Of the Year arahan Karan Johar bersama Varun Dhawan dan Alia Bhatt, Sidharth Malhotra boleh dikatakan lelaki sempurna. Aktor ini tidak minum mahupun merokok dalam kehidupan sebenar.
Shilpa Shetty
Aktres ini memang suka kekal cergas dan banyak menghabiskan masa dengan bersenam. Dia juga mengekalkan bentuk tubuhnya yang langsing itu dengan melakukan yoga. Pelakon itu juga tidak merokok dan minum alkohol dalam kehidupannya.
Sonam Kapoor
Sonam Kapoor membuat kemunculan pertama di layar Bollywood bersama sepupunya, Ranbir Kapoor. Dia gemar tampil bergaya dan stylo. Aktres itu turut tidak merokok dan menjauhi minuman keras.
Sonakshi Sinha
Muncul dalam filem pertamanya, Dabangg bersama Salman Khan, aktres ini berusaha keras menurunkan berat badan sebelum memasuki dunia Bollywood. Dia turut mengatakan tidak kepada alkohol dan juga rokok. – 2 September, 2023