Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114 Laungan ‘Hidup Gaza’ gegarkan Arena Axiata, rakyat Malaysia terus bersolidariti untuk Palestin | Scoop
KUALA LUMPUR – Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan pada malam Selasa menyaksikan kehadiran peserta paling ramai iaitu 20,000 orang sejak himpunan seumpamanya diadakan sebelum ini.
Ia merupakan himpunan ke lima diadakan sejak Israel membedil Gaza pada 7 Oktober lalu.
Seawal 6 petang, orang ramai sudah berkumpul di Arena Axiata bersama keluarga dan rakan-rakan.
Ia turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain para menteri dan kenamaan-kenamaan lain.
Penyanyi Faizal Tahir turut mempersembahkan lagu bertema kemanusiaan iaitu ‘Assalamualaikum Dunia’.
Turut menyertai himpunan ini adalah golongan belia, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Setakat ini, 5,087 penduduk Palestin di semenanjung Gaza terkorban sejak Israel memulakan serangan. – 25 Oktober, 2023