Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
KLSCM 2023 ‘gegarkan’ Dataran Merdeka, dapat sambutan hebat pelari | Scoop

KLSCM 2023 ‘gegarkan’ Dataran Merdeka, dapat sambutan hebat pelari

5:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejak awal pagi, ramai pelari Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 telah menunggu di Dataran Merdeka, semata-mata untuk memulakan larian dalam perlumbaan ikonik ini.

Mereka menunggu sejak 5 pagi, dengan 15,000 orang menyertai larian half marathon melibatkan 10km dan 5km.

Acara kemuncak KLSCM ini adalah pada Ahad di mana kira-kira 40,000 orang akan menyertainya termasuk peserta dari luar negara.

Pada tahun ini, beberapa perubahan telah diambil oleh penganjur KLSCM bagi menjadikan larian tersebut sebagai mesra alam, antaranya menggalakkan peserta menggunakan botol air yang boleh digunakan semula berbanding penggunaan cawan kertas. – 30 September, 2023

Peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 sudah mula membanjiri Dataran Merdeka seawal jam 5 pagi lagi. – Gambar Scoop, 30 September, 2023
Semangat tinggi ditunjukkan peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 hingga sanggup membawa anak menggunakan kereta tolak sejak awal pagi. – Gambar Scoop, 30 September, 2023
Gelagat sebahagian peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 yang sempat dirakam lensa kamera jurugambar Scoop awal pagi tadi. – Gambar Scoop, 30 September, 2023
Refleksi bertenaga serta semangat peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 terakam indah dipermukaan lopak air ketika menjayakan larian kategori Boost Juice 10km awal pagi tadi. – Gambar Scoop, 30 September, 2023
Sebahagian peserta pelbagai lapisan umur, latar etnik dan budaya yang turut menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 awal hari ini. – Gambar Scoop, 2023
Sebahagian peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 bersemangat untuk melengkapkan larian yang bermula dari Dataran Merdeka. – Gambar Scoop, 30 September, 2023
Gaya seorang peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 yang lengkap mengenakan kostum Stormtrooper dari filem popular Star Wars cukup menarik perhatian ramai. – Gambar Scoop, 30 September, 2023
Wajah ceria dan bersemangat kanak-kanak terpancar ketika menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 awal pagi tadi dalam kategori Kids Dash 1km & 2km. – Gambar Scoop, 30 September, 2023
Rugi rasanya segala perih jerih berlumba seawal pagi jika medal yang diraih tidak dikongsi di media sosial sebagai kenangan. – Gambar Scoop, 30 September, 2023
Seorang peserta wanita mempamerkan medal yang dimenangi selepas menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 kategori Boost Juice 10km. – Gambar Scoop, 30 September, 2023

Topics

 

Popular

Related