Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lepas menang jangan sibuk nak berpolitik, tunaikan janji kempen: pengundi | Scoop

Lepas menang jangan sibuk nak berpolitik, tunaikan janji kempen: pengundi

Kita memerlukan kerajaan dan pembangkang yang berwibawa. Jadi, ia mesti datang dari kedua-dua pihak

8:00 AM MYT

 

DENGKIL – Penduduk Dengkil berharap tiada lagi pemimpin politik yang ‘pendek’ akal dengan mencari jalan untuk melompat parti hingga tumbang kerajaan negeri yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Ini kerana mereka mahu wakil rakyat yang dipilih itu memberikan tumpuan kepada pembangunan dan menjalankan tugas dengan baik, selaras dengan janji-janji yang diberikan semasa kempen.

Menurut seorang penjawat awam, Siti Mariah Alias, 53, setiap wakil rakyat harus memikirkan kesan jangka panjang jika mahu melompat parti berbanding hanya mengikut sentimen, semata-mata mahu popular.

Siti Mariah Alias berkata setiap wakil rakyat harus memikirkan kesan jangka panjang jika mahu melompat parti – Gambar Scoop, 31 Julai, 2023

“Jangan ada lagi pemimpin sibuk untuk merebut kerusi. Parti yang kalah harus akur. Kita juga memerlukan parti dan pemimpin pembangkang yang berwibawa. Jadi, ia mesti datang dari kedua-dua pihak.

“Sudah seperti budaya ketika ini, selepas pilihan raya masih ada pemimpin yang setiap hari masih bercakap tentang politik. Melangkahlah ke hadapan, apa yang kita perlukan ialah kestabilan politik agar Selangor boleh menarik lebih banyak pelabur luar,’’ katanya kepada Scoop ketika ditemui di Kampung Limau Manis, Dengkil.

Dalam pada itu, Abdullah Muji, 62, pula berkata, wakil rakyat yang terpilih perlu membantu rakyat untuk menangani kesan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Abdullah Muji pula berkata, wakil rakyat yang terpilih perlu membantu rakyat untuk menangani kesan kenaikan kos sara hidup ketika ini – Gambar Scoop, 31 Julai, 2023

“Saya harap siapa juga yang menang selepas ini, jangan lagi sibuk untuk berpolitik sepanjang masa. Jadilah pemimpin matang, apabila menang, fokus untuk pembangunan di kawasan, dalami apa masalah yang berlaku kepada rakyat.

“Seperti di Dengkil, kawasan ini pernah dilanda banjir kilat. Jangan pandang ringan, wajar satu ekosistem tadbir urus bersepadu pengurusan banjir dibentuk melalui pembabitan komitmen politik serta penyelarasan rangkaian pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat,’’ kata pesara kerajaan itu.

Sementara itu, Nurina Abdul Samad, 50, seorang peniaga bantal mahu wakil rakyat yang dipilih mempunyai perancangan jelas dalam usaha menaik taraf medan selera di Selangor.

Nurina Abdul Samad mahu wakil rakyat yang dipilih mempunyai perancangan jelas dalam usaha menaik taraf medan selera di Selangor – Gambar Scoop, 31 Julai, 2023

Katanya, ia termasuk menaiktaraf kemudahan awam terutama di medan selera selain menyediakan akses yang bersesuaian serta mudah kepada rakyat.

“Saya sangat setuju bahawa politiking perlu dihentikan, kita tak kisah calon luar atau anak tempatan, yang penting, mereka komited untuk membantu rakyat, khususnya peniaga di Selangor,’’ katanya. – 1 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related