Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRN: Kempen secara beradab, elak menghina, fitnah: Menteri Agama | Scoop

PRN: Kempen secara beradab, elak menghina, fitnah: Menteri Agama

Dalam konteks ini (PRN) calon-calon boleh berbeza pendapat, politik dan ideologi namun perlu menjauhkan perbuatan menghina dan memecah-belahkan kaum

2:55 PM MYT

 

TAIPING – Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dinasihatkan agar menjaga adab dan mengelak menghina orang lain ketika berkempen, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata mereka juga perlu menjauhkan perbuatan memfitnah ketika berkempen apatah lagi perbuatan yang boleh memecah-belahkan perpaduan negara ini.

“Allah sendiri mengharamkan mana-mana pihak menghina kaum dan manusia yang lain. Dalam konteks ini (PRN) calon-calon boleh berbeza pendapat, politik dan ideologi namun perlu menjauhkan perbuatan menghina dan memecah-belahkan kaum negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas simbolik penyerahan bantuan perumahan Inpsirasiku MyHaus di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini hari ini.

Katanya para calon sebaliknya perlu menumpukan terhadap polisi dan dasar yang ditawarkan kepada pengundi dan memastikan ia dipenuhi untuk kesejahteraan rakyat.

Semalam menyaksikan penamaan calon 245 kerusi bagi PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu yang menandakan bermulanya kempen sehingga menjelang hari pengundian yang ditetapkan pada 12 Ogos depan. – 30 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related