Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kami bukan pengkhianat, kami panglimalah: Shahidan | Scoop

Kami bukan pengkhianat, kami panglimalah: Shahidan

Shahidan berkata pengkhianat sebenar adalah Zahid kerana bekerjasama dengan Pakatan Harapan

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shahidan Kassim menempelak dan terus mengkritik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan ‘melabel’ Presiden Umno itu sebagai pengkhianat kerana bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Sambil menyatakan bahawa dirinya bukan pengkhianat, Shahidan mempersoalkan bagaimana beliau yang telah dipecat dari parti boleh dianggap sebagai pengkhianat.

“Saya hanya dibuang. Bagaimana orang yang dipecat boleh jadi pengkhianat. Noh (Tan Sri Noh Omar) dipecat, takkan Noh pengkhianat. Kami sebenarnya pejuang la….Panglimalah,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Jelajah Selangor Baharu, di Sijangkang, malam tadi.

Shahidan menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas dipecat dari Umno. Turut dikenakan tindakan sama ialah bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berikutan pelanggaran disiplin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Dalam ceramah berkenaan, Shahidan turut mempertikaikan jumlah pengiring yang mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau melawat pusat penamaan calon bagi memberikan sokongan kepada calon blok kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) semalam.

“Semasa proses penamaan calon di DUN Hulu Kelang semalam, saya hadir dan lihat bilangan penyokong PN ramai.

“Perarakan dahsyat diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon DUN Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Berdasarkan keadaan ini, kita banyak dari mereka dan mereka separuh ja kot. Ini TikTok yang kata, bukan saya kata.

‘’Semasa saya jumpa penyokong PH dan BN, saya dengar perkataan pengkhianat. Saya kata ini tidak betul. Saya tahu yang berkata demikian bukan puak Umno. Saya lama dalam parti itu, jadi saya kenal orang Umno,’’ katanya. – 30 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related