KUALA LUMPUR – Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu pengundi di Kedah memilih calon berdasarkan kepada pertimbangan masa depan, bukan bersandar kepada emosi yang boleh merosakkan masyarakat.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah berkata, pengundi boleh memikirkan sebaiknya mengenai perkara positif yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan yang memberikan kebaikan kepada mereka.
“Kita lihat kepada arus yang ada dan pengundi di kawasan ini boleh memikirkan sebaik-baiknya,” kata beliau pada sidang media selepas tamat proses penamaan calon di Pejabat Tanah Dan Tanah Padang Terap di sini, hari ini.
Seramai 28,586 pemilih layak mengundi di DUN Pedu. – 29 Julai, 2023