Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Altimet bertembung Sharifah Haslizah, pertembungan satu lawan satu | Scoop

Altimet bertembung Sharifah Haslizah, pertembungan satu lawan satu

Pengumuman tersebut telah disahkan oleh pegawai Pilihan Raya N19, Dr Ani Ahmad

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Sasha Lyna Abdul Latif mewakili Parti Nasional (PN), Melanie Ting (MUDA) dan Mohd Kamri Kamruddin yang mewakili kerajaan.

Pengumuman tersebut telah disahkan oleh pegawai Pilihan Raya N19, Dr Ani Ahmad.

Sementara itu, bagi N20 Lembah Jaya, penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet mewakili Pakatan Harapan (PH) dan akan bertembung dengan calon PN, Sharifah Haslizah Syed Ariffin.

Dalam pada itu, bagi kerusi DUN Kota Anggerik dan DUN Batu Tiga, masing-masing menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH, PN dan Muda.

DUN Kota Anggerik ditandingi Najwan Halim dari PH, Mohamed Sukri Omar (PN) dan Azad Akhbar Khan (Muda), manakala, DUN Batu Tiga membabitkan calon PH, Danial Al Rashid, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang juga bekas menteri (PN) dan Syaidiyah Izzati Nur Razak (Muda). – 29 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related