Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘PH di Terengganu tak kuat, mari sekaki lagi hubung jolok, jatuhlah buah’ | Scoop

‘PH di Terengganu tak kuat, mari sekaki lagi hubung jolok, jatuhlah buah’

Sewaktu bersama Pas, pemimpin dan ahlinya sentiasa ditarbiahkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang rosak akidah

5:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Terengganu perlu mengubah sokongan mereka kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini agar tidak terus tertipu dengan agenda perjuangan PAS.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sewaktu bersama PAS, pemimpin dan ahlinya sentiasa ditarbiahkan bahawa Umno adalah sebuah parti yang rosak akidah.

“Hari ini saya gugup dan gementar melihat wanita begitu ramai. Dulu kami ditarbiahkan pimpinan PAS, Umno itu rosak akidah. Saya waktu itu Pemuda PAS. Saya lihat Puteri Umno cukup cantik.

“Tapi saya hanya menjeling sebab rosak akidah. Sekarang baruku tahu, akidah tidak rosak. Puteri itu dah tua, aku pun dah tua.

“Jadi saya bersyarah hari ini untuk adik-adik saya yang masih duduk dalam PAS. Janganlah kamu ditipu berpanjangan. Bang mat ditipu 44 tahun,” katanya dalam nada berseloroh ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Negeri Terengganu, hari ini.

Menurut Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, PAS sentiasa tidak tetap dalam pendirian politik mereka kerana pernah bekerjasama dengan Umno dan DAP sebelum ini.

“Alkisah masa berlalu, satu ketika apabila PAS bekerjasama dengan Umno di bawah Muafakat Nasional, menyanyi pula tu lagu Umno. Baru aku tahu aku kena tipu selama ini.

“Begitu juga DAP. Kafir… kafir. Mereka ejen Singapura. Datang 2008 bersama DAP, peluk (Tan Sri) Lim Kit Siang. Pergi ke Pulau Pinang peluk pula Lim Guan Eng. (Kata) DAP sahabat kita,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad turut menyeru pimpinan Barisan Nasional (BN) di Terengganu agar bekerjasama membantu memenangkan calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding.

“Kami PH, di Terengganu tak sekuat mana. BN Sembilan kaki, kami hanya sekaki saja. Tapi nak kait buah, buah itu ada sembilan kaki setengah.

“Dengan galah sembilan kaki, tuan-tuan jolok tak sampai. Mari sekaki lagi hubung, jolok jatuhlah buah (PAS dan PN). Sebab itu perpaduan kita amat penting,” katanya. – 28 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related