Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat Malaysia dewasa B40, M40 | Scoop

Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat Malaysia dewasa B40, M40

Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion

11:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika melancarkan kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ di sini, hari ini.

Anwar juga memaklumkan kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai itu selepas melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Dalam pada itu, beliau memberitahu antara usaha lain yang dijalankan ialah kajian semula tahap gaji minimum serta memperkenalkan undang-undang yang menjamin persekitaran kerja yang selamat dan selesa.

“Selain pelaksanaan gaji minimum, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia sedang memperhalusi model gaji progresif ke arah kenaikan pendapatan yang lebih terangkum.

“Peningkatan pendapatan selaras dengan produktiviti adalah kritikal bagi memastikan tahap kualiti hidup yang bermakna dalam menangani cabaran kos sara hidup selain mengurangkan kebergantungan pada buruh asing kurang mahir yang menyumbang kepada nilai gaji keseluruhan yang rendah,’’ katanya. – 27 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related