Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Rafizi cabar Azmin debat siapa lebih hebat tentang ekonomi negara | Scoop

Rafizi cabar Azmin debat siapa lebih hebat tentang ekonomi negara

Rakyat Malaysia dapat meneliti serta memahami wujudnya perbezaan rangsangan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Anwar dan Muhyiddin

1:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdebat tentang ekonomi Malaysia bagi membuktikan rekod pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, cabaran itu dilakukan agar seluruh rakyat Malaysia dapat meneliti serta memahami wujudnya perbezaan rangsangan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mentadbir Putrajaya.

“Kalau mereka ada rancangan, saya panggil Azmin Ali, sebagai mantan Menteri Ekonomi daripada PN, kalau rasa rekod dia lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan, saya nak seluruh rakyat Malaysia dengar agar dilaporkan, bahawa saya cabar Azmin berdebat.

“Saya mahu berdebat berkenaan ekonomi Malaysia, (namun) kalau dia (Azmin) beranilah,” katanya menerusi video ceramah Jelajah Madani yang dikongsikan di Twitter, malam tadi.

Dalam pada itu, menerusi video yang dikongsikan Rafizi di media sosial, Timbalan Presiden PKR itu berkata, seharusnya tiada pihak mempersoalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 27 Jun lalu.

Jelasnya, jarang untuk institusi kehakiman mencampuri sebarang keputusan pilihan raya, melainkan mahkamah mempunyai bukti yang terlalu kukuh sehingga keperluan mengambil tindakan dalam memberi pengajaran kepada masyarakat.

“Saya telah menjadi Pengarah Pilihan Raya untuk PKR sejak 2013 lagi, berpuluh-puluh (bawa kes di mahkamah pilihan raya), namun tiada satu pun dimenangi parti.

‘Awal akan ditolak sebab pendirian mahkamah akan hanya campur tangan sekiranya ada bukti terlampau kukuh bahawa sogokan telah berlaku. Kalau setakat bercakap ada tawar duit masa berkempen, mahkamah tidak akan layan,” katanya.

Justeru, Rafizi menggesa rakyat untuk menjadi ‘perisik’ untuk merekodkan segala kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana parti, tidak kira kerajaan atau pembangkang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Saya nak tengok di Kedah, macamana kerajaan PN, berani atau tidak untuk dia cuba melakukan sogokan kepada rakyat, sama ada program atau wang. Kita tahu benda itu berlaku kerana telah pun dibuktikan di Mahkamah Kuala Terengganu,” katanya.

Terdahulu, Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dilaporkan berkata, pihak pempetisyen, iaitu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU-15.

Pada 3 Januari lalu, Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU-15 bagi Parlimen Kuala Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – 26 Julai, 2023.

Topics

 

Hangat

Related