Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PN akan umum calon esok dan Khamis | Scoop

PN akan umum calon esok dan Khamis

Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan calon sudah melalui proses tapisan menyeluruh oleh beberapa jawatankuasa dalam parti

10:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) 2023 akan datang secara berperingkat, dengan kumpulan pertama akan diumumkan esok.

Bercakap kepada Scoop, Timbalan Presiden PN Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, calon bagi tiga negeri akan didedahkan esok, manakala calon selebihnya akan diumumkan pada Khamis.

Ahmad Faizal berkata, kelewatan mengumumkan calon bukan langkah strategik, sebaliknya memastikan parti hanya memilih calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat dengan sebaiknya.

“Ini mungkin kelihatan seperti strategi tetapi tidak. Walaupun Kerajaan Perpaduan mengumumkan calon lebih awal, kami tidak mengubah senarai kami,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, calon itu sudah melalui proses tapisan menyeluruh oleh beberapa jawatankuasa dalam PN.

“Kami tidak akan memilih sesiapa sahaja untuk bertanding. Kami tegas dengan senarai calon.

“Pilihan raya ini penting dan kita hanya mahu orang yang boleh bekerja,” kata Ahmad Faizal yang juga Pengarah Pilihan Raya PN Negri Sembilan.

Terdahulu, mantan Ahli Parlimen Tambun itu mengesahkan beliau tidak akan menyertai pilihan raya negeri ini. – 25 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related