Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dakwa ada pihak berkomplot jatuhkannya, Sanusi simpan pistol 24 jam dalam kereta | Scoop

Dakwa ada pihak berkomplot jatuhkannya, Sanusi simpan pistol 24 jam dalam kereta

Bagi memastikan keselamatannya, Muhammad Sanusi membawa pistol dalam kereta 24 jam

2:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa sememangnya wujud rancangan sejak awal tahun ini untuk menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin politik.

Dakwanya, perkara itu diketahui menerusi maklumat diterima beliau daripada rakan yang memberi amaran bahawa tindakan terbabit akan diambil susulan kritikan terbuka dilontarkannya kepada pihak tertentu.

“Plot untuk tangkap saya sudah dirancang sejak enam bulan lalu, saya tahu dah, saya ada inteligent saya, jumpa orang tu pesan jaga-jaga ada orang nak buat (sesuatu) kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Gelombang Perikatan Nasional (PN) di Padang Awam Kuala Ketil di sini, malam tadi, seperti dilaporkan BH.

Sanusi mendakwa, bagi memastikan keselamatannya, beliau memiliki pistol dalam kereta 24 jam bersama dua kelopak, masing-masing 14 peluru setiap satu.

Katanya, keadaan itu juga memerlukannya berhati-hati sepanjang masa kerana dibimbangi berdepan pihak yang ingin berbuat jahat.

“Orang tak buat jahat saya tak buat jahat pada orang. Sudah enam bulan kawan-kawan pesan, yang penting tangkap gari saya, jatuhkan moral dan hilang kredibiliti.

“Selepas itu ceramah orang tak dengar lagi kerana saya sudah dimalukan dengan tangkapan,” kata Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu.

Selasa lalu, Sanusi ditahan polis pada jam 3 pagi sebelum didakwa di dua mahkamah berasingan di Selayang, atas pertuduhan menghasut dalam ceramah politik.

Mengulas mengenai penahanan dan pendakwaan dihadapinya itu, Sanusi memaklumkan bahawa beliau menghormati Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan meminta mana-mana pihak tidak menuding jari kepada pihak berkuasa terbabit, memandangkan mereka menjalankan tugas atas arahan atasan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, tindakannya melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak salah kerana kedua-dua mereka berada dalam bidang politik, malah dirinya bukan melawan Perdana Menteri. – 23 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Related