Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada lagi tol percuma musim perayaan, kerajaan kaji pendekatan lebih bersasar | Scoop

Tiada lagi tol percuma musim perayaan, kerajaan kaji pendekatan lebih bersasar

Menurut Menteri Kerja Raya, 2024 adalah tahun terakhir bagi pemberian tol percuma untuk musim perayaan

3:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada lagi tol percuma akan diberikan sempena musim perayaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya, mesyuarat Kabinet pada tahun lepas telah memutuskan untuk mencari pendekatan yang lebih bersasar bagi rakyat Malaysia dan perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Mengikut keputusan itu tiada (tol percuma) dan 2024 adalah tahun terakhir bagi pemberian tol percuma untuk musim perayaan.

“Kerajaan juga telah menyelaraskan subsidi untuk pendekatan yang lebih bersasar bagi rakyat Malaysia yang mana perinciannya akan kita umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini. – 21 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related