Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
4 platform dalam talian jadi pilihan scammer lakukan penipuan: Fahmi | Scoop

4 platform dalam talian jadi pilihan scammer lakukan penipuan: Fahmi

Pada 2023, penipuan di Facebook saja mencecah RM500 juta

4:17 PM MYT

 

TUMPAT – Empat platform media sosial dikenal pasti sebagai pilihan utama yang sering digunakan oleh scammer untuk melakukan penipuan dalam talian, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata platform tersebut ialah Facebook, TikTok, WhatsApp, dan Telegram, yang menyaksikan jumlah penipuan mencecah jutaan ringgit.

“Bagi tahun 2023, jumlah penipuan melalui Facebook sahaja dianggarkan mencecah RM500 juta. Setakat ini, maklumat terkini masih belum diperoleh tetapi secara keseluruhannya jumlah itu jauh lebih besar.

“Menurut maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, terdapat lebih kurang 14 jenis penipuanyang dilakukan melalui media sosial. Selain itu, terdapat juga jenayah scam dalam bentuk panggilan telefon dan pertemuan bersemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Ihsan Madani, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata populariti empat platform media sosial tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi pendorong utama penjenayah untuk melakukan penipuan, memandangkan ramai pengguna mudah terpedaya.

Beliau memaklumkan bahawa kempen kesedaran secara besar-besaran akan dilaksanakan dalam masa terdekat, bermula di peringkat sekolah.

“Kempen ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa dan pelajar mengenai penggunaan media sosial yang selamat serta cara mengelak daripada menjadi mangsa scam,” katanya.

Selain itu Fahmi berkata beberapa langkah telah diambil untuk menangani isu ini, termasuk melesenkan platform media sosial, mengetatkan peraturan, serta memperkenalkan takrif baharu jenayah penipuan menerusi pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang telah diluluskan dalam sidang Dewan Negara, baru-baru ini.

“Kami percaya langkah ini akan membantu pihak polis dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan yang lebih tegas, sekali gus mengurangkan jenayah penipuan daripada terus berlaku,” katanya. – 20 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related