Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn: Fahmi | Scoop

MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn: Fahmi

Perbincangan itu adalah bagi melihat sama ada LinkedIn memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mendaftar bagi mendapatkan ASP di Malaysia

4:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbincangan sedang berjalan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Microsoft yang merupakan pemilik LinkedIn mengenai pelesenan platform media sosial itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perbincangan berkenaan bertujuan melihat sama ada LinkedIn memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mendaftar bagi mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan (ASP) di Malaysia.

“Kita dapati LinkedIn mempunyai jumlah pengguna melebihi 8 juta (di Malaysia). Angka ini telah diumum oleh LinkedIn sendiri bagi suku pertama 2025 dan MCMC telah mula berhubung dengan pihak Microsoft yang memiliki LinkedIn,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Rintis Future Health for All (FH4A) di sini hari ini.

Mengenai platform X dan Youtube, Fahmi berkata perbincangan mengenai pendaftaran lesen berkenaan masih berjalan.

“Bagi pihak Meta, mereka dalam fasa akhir sama seperti yang saya sebut baru-baru ini, ada satu dokumen yang mereka sedang dalam proses untuk hantar,” tambahnya.

Sebelum ini Kementerian Komunikasi memaklumkan Telegram menjadi platform ketiga selepas TikTok dan WeChat yang mendapat kelulusan lesen ASP. – 18 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related