Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Wanita punyai 22 rekod lampau antara ditahan disyaki terlibat kegiatan penipuan | Scoop

Wanita punyai 22 rekod lampau antara ditahan disyaki terlibat kegiatan penipuan

Suspek memperdaya mangsa secara bersemuka dengan meminta menyerahkan barang kemas untuk digantikan dengan yang baharu

2:19 PM MYT

 

KUANTAN – Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita mempunyai 22 rekod jenayah lampau di dua lokasi berasingan minggu lepas, bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan barang kemas yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata wanita berusia 42 tahun itu diberkas pada 9 Jan di Slim River, Perak kira-kira 2 pagi manakala suspek lelaki berumur 43 tahun ditahan di sini 10 Jan, sekitar 8 malam.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek memperdaya mangsa secara bersemuka dengan meminta menyerahkan barang kemas untuk digantikan dengan yang baharu, namun tidak memulangkan barang berharga berkenaan semula.

“Suspek dipercayai menjual barang kemas berkenaan untuk mendapatkan yang baharu bagi kegunaan sendiri dan membeli barangan lain seperti jam tangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata polis turut merampas tiga rantai leher bersama loket pelbagai bentuk, empat rantai tangan, tiga cincin selain lima jam tangan dan resit pembelian emas di sebuah rumah sewa kedua-dua suspek di Bukit Tinggi, Bentong.

Beliau berkata suspek wanita yang mempunyai rekod jenayah antaranya melibatkan kes curi direman sehingga hari ini, manakala rakannya direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini tular video memaparkan jurujual sebuah butik barangan kosmetik di sini menyerahkan barang kemas dipakainya kepada seorang wanita dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM4,000. – 16 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related