Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tangan ghaib lindungi pegawai Imigresen yang ditahan di kelab malam? Wan Saiful gesa menteri jawab | Scoop

Tangan ghaib lindungi pegawai Imigresen yang ditahan di kelab malam? Wan Saiful gesa menteri jawab

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat kerana jabatan melarang pegawainya ke tempat berisiko tinggi tersebut

12:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan adakah wujud tangan-tangan ghaib atau kartel melibatkan pegawai atasan atau orang politik yang melindungi 27 pegawai Jabatan Imigresen (JIM) yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam pada April tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dalam satu kenyataan berkata, ini kerana sehingga kini tidak ada pengesahan sama ada pegawai terbabit telah dikenakan tindakan tata tertib atau tidak.

Wan Saiful merujuk kepada laporan Scoop pada 9 Januari lalu di mana 27 daripada 161 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Kampung Pandan di sini pada April 2024 adalah pegawai Imigresen.

Menurut Wan Saiful, jika di tempat lain, kemungkinan besar pegawai berkenaan sudah dikenakan tindakan tatatertib, ditukar atau dipindahkan.

“Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab untuk JIM perlu menyemak benarkah tiada tindakan tegas yang diambil kepada 27 pegawai ini. Walaupun mungkin tiada kesalahan jenayah, pelanggaran disiplin adalah nyata.

“Apa tindakan yang telah diambil kepada pegawai-pegawai imigresen yang pergi ke kelab malam sehingga ditangkap polis ini?

“Jika pelanggaran disiplin yang sebegini nyata masih tiada tindakan tatatertib, timbul persoalan adakah wujud tangan-tangan ghaib atau kartel melibatkan pegawai atasan atau orang politik yang melindungi mereka,’’ soalnya.

Pada 9 Januari lalu, Scoop melaporkan mengenai 161 individu ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID) Bukit Aman di Mansion 9, yang terletak di Jalan Kampung Pandan, pada 26 April 2024 pada jam 1.30 pagi berikutan maklumat mengenai aktiviti berkaitan dadah di premis itu.

27 daripada 161 individu itu adalah pegawai JIM dan ia turut disahkan oleh sumber kepada Scoop. Bagaimanapun, difahamkan, pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan dalam serbuan itu dibebaskan selepas didapati negatif dadah.

Kelab malam berkenaan juga dipercayai dimiliki oleh Alvin Goh, yang sebelum ini mengejutkan negara apabila dilaporkan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan sebuah kenderaan menunggu di luar pagar, pada 2020.

Dalam pada itu, Wan Saiful membangkitkan mengenai arahan Ketua Pengarah Imigresen pada 18 November 2019 dengan jelas menyatakan pegawai Imigresen dilarang ke kawasan berisiko tinggi seperti pusat hiburan, rumah urut atau pusat perjudian kecuali dengan kebenaran Pengarah atau tugasan rasmi.

Ini kerana ia boleh ‘mendatangkan imej negatif kepada JIM apabila terdapat serbuan oleh Agensi Penguatkuasa yang lain’.

Wan Saiful turut memuatnaik memo yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen ketika itu, Datuk Khairul Dzaimee Daud yang antara lain turut menyatakan JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau kakitangannya yang melanggar arahan itu.

Dalam kes ini, katanya 27 pegawai tersebut jelas melanggar arahan tersebut dan mereka telah ditangkap apabila PDRM membuat serbuan. – 12 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

Related