Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PAS desak polis siasat pengkhianat, sembunyi Titah Adendum | Scoop

PAS desak polis siasat pengkhianat, sembunyi Titah Adendum

Surat daripada Istana Pahang jelas membuktikan mengenai kesahihan kewujudan titah itu

2:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – PAS akan membuat laporan polis di seluruh negara hari ini bagi mendesak siasatan dilakukan pihak berkuasa terhadap pengkhianat yang menyembunyikan titah adendum.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, surat daripada Istana Pahang jelas membuktikan mengenai kesahihan kewujudan titah itu.

”Titah adendum ini yang sebelum ini dikatakan hearsay telah terbukti dengan penjelasan pihak Istana Pahanh mengenai kesahiham titah itu

“Pemuda PAS akan kerah seluruh jentera di peringkat negeri dan kawasan untuk membuat laporan polis hari ini terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menyembunyikan titah itu.

“Kita akan gesa pihak berkuasa membuat siasatan lanjut cari siapa pengkhianat yang sebenar, kerana tindakan itu satu pengkhianatan bagi sebuah titah oleh seorang yang berkuasa yang menjaga negara,” katanya kepada media di pekarangan Istana Kehakiman di sini hari ini.

Terdahulu Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 membenarkan Datuk Seri Najib Razak mencabar titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.

Panel bersidang membenarkan rayuan bekas Perdana Menteri untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dalam usaha mengesahkan kewujudan titah berkenaan.

Keputusan majoriti dicapai oleh Datuk Azhahari Kamal Ramli bersama-sama Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril manakala Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel bersidang mencapai keputusan menentang.

Panel itu kemudian mengarahkan semakan kehakiman dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pengurusan kes pada 13 Januari ini dan didengar di hadapan hakim berlainan.

Selain itu beliau berkata, satu lagi himpunan besar-besaran untuk menolak sebarang bentuk penderhakaan kepada institusi raja dan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kita akan maklum tarikhnya,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang akhirnya membuktikan titah adendum untuk Najib menjalani tahanan rumah benar-benar wujud.

Katanya, keyakinan pembangkang bahawa titah adendum wujud akhirnya dibuktikan mahkamah.

“Saya boleh menerima alasan diberi kerana kita dalam Parlimen telah menyatakan perkara itu kita percaya adendum itu wujud selagi tak dibukti sebaliknya.

“Perdana menteri kata beliau tak boleh beri penjelasan kes ada di mahkamah sebab itu kita datang,” katanya yang bertindak sebagai peguam pemerhati ahli Parlimen pembangkang. – 6 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related