Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Peguam dedah surat Majlis Kesultanan Pahang, Titah Adendum Najib sahih | Scoop

Peguam dedah surat Majlis Kesultanan Pahang, Titah Adendum Najib sahih

Peguam Najib, Shafee merujuk dokumen bertarikh 4 Januari lalu, yang dihantar kepada anak sulong Najib, Datuk Mohamad Nizar

12:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan mengenai kewujudan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Shafee, yang merupakan peguam Najib, merujuk dokumen berkenaan yang bertarikh 4 Januari lalu, yang dihantar kepada anak sulong Najib, Datuk Mohamad Nizar.

Ia dihantar daripada Pengelola Bijaya Diraja Ke-Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

Kandungan surat itu menyatakan, Pengelola Bijaya bagi pihak Sultan Pahang memperakukan bahawa Titah Addendum adalah wujud dan sahih.

“Sehubungan dengan itu, melalui surat ini, saya bagi pihak Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 adalah dengan ini memperakukan bahawa Titah Adendum adalah wujud dan sahih,’’ antara kandungan surat berkenaan.

Shafee mengemukakan surat itu ketika mengemukakan permohonan Najib untuk memasukkan bukti tambahan dalam rayuannya bagi semakan kehakiman berhubung Titah Adendum berkenaan.

Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim diketuai Datuk Azizah Nawawi bersidang bersama-sama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril.

Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly mewakili kerajaan. – 6 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related