Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pegawai polis langgar petugas klinik kesihatan hingga maut mungkin 'micro sleep' | Scoop

Pegawai polis langgar petugas klinik kesihatan hingga maut mungkin ‘micro sleep’

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung insiden berkenaan

6:39 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pemandu sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian seorang petugas klinik kesihatan di Kilometer 32 Jalan Klang – Teluk Intan pada 31 Disember lalu, adalah pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika mengesahkannya memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung insiden berkenaan.

Jelasnya, pegawai polis tersebut kini sedang dirawat di sebuah hospital disebabkan kecederaan daripada kemalangan itu.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan pegawai polis itu mungkin terlelap atau ‘micro sleep’ berdasarkan rakaman video dashcam yang tular di media sosial.

“Kita akan melihat jika ada keperluan untuk membuat tangkapan ataupun tidak, tetapi hasil ujian air kencing (pemandu kenderaan) didapati negatif selain sudah mengambil keterangan daripadanya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang petugas perubatan Klinik Kesihatan Kapar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 32, Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram pada Selasa lalu.

Mangsa, Zainal Abidin Nasruddin, 57, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia selepas kenderaan SUV jenis Perodua Ativa merempuhnya dalam kejadian jam 6.11 petang.

Dalam sidang media sama, Hussein memberitahu polis berjaya menumpaskan sindiket dadah yang berleluasa di sekitar Klang Utara, Shah Alam dan Ampang dengan tertangkapnya lima suspek warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 47 tahun pada Selasa lalu.

Dalam dua kes berasingan itu, polis berjaya merampas beberapa dadah jenis ganja, syabu dan estacy yang dianggarkan bernilai RM1.08 juta.

“Jabatan Narkotik Klang Utara berjaya menahan seorang lelaki pada 31 Disember lalu dan turut menemukan mini lab di Setia Alam, tempat di mana suspek memproses dadah.

“Manakala untuk kes kedua pula, Jabatan Narkotik Shah Alam berjaya menahan tiga sekeluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak perempuan mereka dan menemukan paket ganja seberat 316 gram dalam kenderaan mereka.

“Kes ketiga, polis telah menahan seorang lelaki di sebuah rumah sekitar Ampang Jaya serta merampas dadah jenis ganja anggaran berat 6,433 gram dalam rumah tersebut.

“Jika dahulu, sindiket dadah dibuat secara berkumpulan (skala besar), sekarang ada yang bergerak secara individu malah mereka turut mempelajari cara-cara memproses dadah daripada media sosial. Urusan jual beli juga turut dilakukan di situ,” katanya.

Semua suspek direman sehingga 8 Januari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – 3 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related