Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis sahkan mayat reput milik Yap Xin Yuan | Scoop

Polis sahkan mayat reput milik Yap Xin Yuan

Terdahulu polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan

10:29 PM MYT

 

SHAH ALAM – Polis telah mengenal pasti identiti mayat reput yang ditemukan di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat dekat sini Sabtu lepas selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lepas itu dikenali sebagai Yap Xin Yuan.

“Keputusan ini telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa dan mayat akan diserahkan kepada pihak keluarga petang ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata siasatan diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

Remaja itu dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras. – 2 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Related