Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kontroversi pelakon Squid Game: bacaan skrip drama terbaru lakonan Park Sung Hoon dibatalkan | Scoop

Kontroversi pelakon Squid Game: bacaan skrip drama terbaru lakonan Park Sung Hoon dibatalkan

Park turut berdepan desakan tidak meneruskan tawaran berlakon bersama pelakon popular Yoona dalam drama A Tyrant’s Chef, terbitan TvN

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun ‘Squid Game’ musim kedua yang ditayangkan di Netflix menduduki carta sebagai rancangan paling banyak ditonton semasa minggu tayangannya minggu lepas, namun salah seorang pelakonnya kini dihimpit dengan kontroversi.

Park Sung Hoon, yang sebelum ini memuat naik kandungan lucah parodi drama Squid Game berdepan dengan desakan supaya tidak meneruskan tawaran berlakon bersama pelakon popular Yoona dalam drama A Tyrant’s Chef, terbitan TvN.

Malah sesi bacaan skrip yang dijadualkan hari ini bersama barisan pelakon drama berkenaan dilaporkan telah dibatalkan.

Kenyataan daripada TvN pada Khamis menyatakan ia sedang menyesuaikan jadual bacaan skrip selepas mengambil kira suasana berkabung di Korea Selatan susulan kejadian nahas pesawat Jeju Air yang mengorbankan 179 nyawa.

Bagaimanapun timbul tanda tanya kerana bukan bacaan skrip sahaja malah ujian penggambaran turut dibatalkan.

Terdapat spekulasi bahawa bacaan skrip berkenaan dibatalkan susulan insiden melibatkan Park itu, lapor portal Chosun.com. Malah peminat Yoona turut menggesa pelakon wanita tersebut menarik diri daripada drama berkenaan.

Dalam drama A Tyrant’s Chef, Sung Hoon memegang watak pelakon utama sebagai chef dan merupakan karya terbaharu penerbit Jang Tae-yu, yang pernah mengarahkan drama ‘Deep Root Tree’ dan ‘My Love from the Star’.

A Tyrant’s Chef dijadualkan ditayangkan pada separuh kedua tahun ini.

Sementara itu, agensi Park, BH Entertainment sebelum ini menyatakan pelakon berkenaan secara tidak sengaja memuatnaik gambar berkenaan ketika sedang membaca lambakan mesej yang diterimanya.

“Park Sung Hoon menerima banyak sangat mesej dan tidak sengaja memuat naik gambar tersebut. Dia sendiri turut terkejut dan rasa bersalah,’’ katanya yang memaklumkan pelakon itu turut berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Dalam pada itu, Squid Game musim kedua itu menjadi rancangan paling ramai ditonton di Netflix semasa minggu pelancarannya, menurut pengumuman platform penstriman itu.

Berdasarkan senarai Global Top 10 Netflix untuk minggu berakhir Ahad, siri Korea Selatan itu mencatat lebih 480 juta jam tontonan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Angka luar biasa ini bukan sahaja memastikan kedudukannya di tangga teratas kategori TV bukan berbahasa Inggeris, malah mengatasi jumlah jam tontonan dalam kategori TV berbahasa Inggeris serta kategori filem berbahasa Inggeris dan bukan Inggeris bagi tempoh yang sama.

Siri itu juga mencipta rekod baharu untuk tontonan terbanyak dalam minggu tayangan perdananya, mengatasi rekod 448 juta jam tontonan yang dicapai musim pertama pada minggu keempat September 2021. – 2 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Sewing up accountability: Khazanah, PNB’s FashionValet losses demand transparency – A. Azim Idris

Public pressure mounts for transparency in the management of the GLCs' funds amid recent investment setbacks

A game-changing project: Ipoh to get its landmark transit-oriented development

Ipoh Sentral is strategically positioned to serve as a gateway to the central region of the peninsula, creating limitless economic opportunities for Perak’s capital city

Nga Kor Ming questions ‘strange’ police probe over Christmas celebration

IPOH – Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming confirmed that police have recently recorded his statement in relation to a Christmas celebration organised by his ministry. Nga said officers from the...

Related