Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tidak semua keputusan dan dasar kerajaan popular namun ia dilaksana dengan tekad politik yang jelas, tegas PM | Scoop

Tidak semua keputusan dan dasar kerajaan popular namun ia dilaksana dengan tekad politik yang jelas, tegas PM

Anwar dalam amanatnya mahu Malaysia yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Asean 2025 fokus pada hala tuju Ekonomi Madani menerusi penyasaran subsidi dan pelbagai bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun tidak semua keputusan dan kebijakan (dasar) kerajaan adalah popular atau membuahkan hasil yang cepat, namun semua itu dilaksanakan dengan tekad politik yang jelas.

Perdana Menteri dalam amanat sempena Tahun Baharu 2025 memberitahu, keputusan yang diambil itu adalah dengan niat ikhlas dan penilaian teliti bagi memastikan dasar-dasar tersebut memberi manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Peluncuran Kepengerusian ASEAN-MALAYSIA 2025 di Bangunan Perdana Putra pada 26 Januari lalu. – Gambar Bernama, 31 Disember, 2024

Apatah lagi pada 2025, Malaysia akan memulakan tanggungjawab sebagai Pengerusi Asean justeru prinsip striving for excellence harus dijunjung di mana negara harus teratur dengan baik, tatakelola mesti dimantapkan, ketirisan dan rasuah mesti dibanteras bagi melangkau ke rantau dan pasaran antarabangsa

Beliau juga menekankan kepada Ekonomi Madani yang diluncurkan pada 27 Julai 2023, memungkinkan hala tuju yang jelas bagi membentuk semula Malaysia sebagai peneraju ekonomi rantau Asia dan atas ikhtiar itu, Kerajaan menggerakkan usaha untuk menjelmakan anjakan baharu bermula pada tahun ini.

“Sebagai contoh, penyasaran subsidi diesel dan sebelumnya tentang tarif elektrik yang digerakkan oleh kerajaan Madani menutup ketirisan sekian lama dek subsidi pukal yang
disalurkan kepada pihak yang paling kaya, yang saya sebut sebagai mahakaya dan orang asing tiga (3) setengah juta orang yang tidak layak menerima subsidi.

‘Alhamdulillah, peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini itu ditambah RM10 bilion yang merupakan jumlah yang terbesar dalam sejarah.

“Insya-Allah, pada tahun hadapan, Kerajaan berhasrat untuk menambah peruntukan STR dan SARA sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion keseluruhannya,’’ katanya.

Peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini itu ditambah RM10 bilion. – Gambar tangkap layar, 31 Disember, 2024

Selain itu, kata Perdana Menteri, kerajaan juga giat menangani gejala fenomena kenaikan kos melalui Program Payung Rahmah di seluruh negara dan pasukan pemantau digerakkan dengan aktif untuk memerhati, memantau dan mengambil tindakan kepada pihak yang mencatut harga dengan sewenang- wenangnya.

Pada masa sama, Anwar memberitahu keadaan ekonomi semasa harus ditangani dengan bijak kerana ia juga melibatkan apa yang belum diduga, yang berlaku separah ini iaitu musibah banjir yang berlaku mutakhir ini.

Kerajaan, katanya memberi jaminan usaha terus dijalankan di semua negeri bagi memastikan bantuan sampai dengan segera dan kerja pemulihan dilaksanakan secepat mungkin oleh semua agensi Kerajaan Pusat, Persekutuan dengan kerjasama jentera Negeri dan Kerajaan Tempatan atau jajahan.

“Operasi kesiapsiagaan sejak awal telah dirangka secara mampan agar dapat mengelak dari dampak yang buruk dari musibah tersebut. Insya-Allah, kita akan mampu mengharungi dan melindungi lebih banyak nyawa dari terkorban atau harta benda yang rosak,’’ katanya.

Untuk perbelanjaan pembangunan negara, ujar beliau, selain tumpuan kepada prasarana asas seperti jalan raya, lebuh raya dan bekalan, projek tebatan banjir di kawasan berisiko tinggi diteruskan meskipun memberi kesan dan dampak perbelanjaan yang tinggi.

Malaysia, katanya akan memulakan tanggungjawab sebagai Pengerusi Asean pada 2025 dan menjadi tugas besar bagi negara untuk memimpin Asean apatah lagi kerumitan landskap global saat kini menuntut Asean untuk melakar peranan dan pengarahan baharu.

“Ini ternyata menjadi tugas besar Malaysia tatkala memimpin Asean tahun ini dengan mengangkat tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, yakni membawa seluruh kekuatan, pasukan yang ada sebagai satu kesatuan dan menjamin pembangunan ini terus mampan serta mengambil kira mengurangkan jurang perbedaan dan menangani permasalahan yang dihadapi oleh kelompok yang tersisih atau miskin atau terpinggir.

“Inilah penghormatan yang besar untuk negara dan peluang untuk membina lembaran baru dalam agenda serantau dan global yang terus mencabar selagi beberapa isu pokok seperti pembantaian, kezaliman, penindasan, penjajahan di Gaza dan beberapa kawasan yang mencabar selainnya,’’ katanya. – 31 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

Related