Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Salah faham tentang lubang benam 'ia selalu berlaku di kawasan batu kapur' jelas pakar | Scoop

Salah faham tentang lubang benam ‘ia selalu berlaku di kawasan batu kapur’ jelas pakar

Bukan semua tempat di Kuala Lumpur adalah formasi batu kapur sebaliknya ia hanya di kawasan tertentu sahaja

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Salah faham mengenai lubang benam mengakibatkan ada yang bimbang mengenai keselamatan di ibu negara sedangkan lubang benam selalunya berlaku di kawasan batu kapur.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof Emeritus Datuk Ibrahim Komoo berkata, bukan semua kawasan di Kuala Lumpur adalah formasi batu kapur sebaliknya ia di kawasan tertentu sahaja.

Jelasnya, Kuala Lumpur bukan berada di kawasan ‘hotspot’ batu kapur yang berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah jerlus.

“Kuala Lumpur selamat, tidak seperti diceritakan. Banyak salah faham terhadap lubang benam, ia selalunya berlaku di kawasan batu kapur.

“Kuala Lumpur bukan kawasan batu kapur, hanya ada beberapa kawasan sahaja dan Jalan Masjid India bukanlah kawasan batu kapur,’’ katanya ketika dihubungi Scoop.

Ketua Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof Emeritus Datuk Ibrahim Komoo berkata, Kuala Lumpur bukan berada di kawasan ‘hotspot’ batu kapur yang berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah jerlus. – Gambar UIRC, 26 Disember, 2024

Baru-baru ini Persatuan Tukang Emas dan Berlian India Malaysia (MIGJA) memberitahu Scoop, meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengisytihar Jalan Masjid India selamat namun ia tidak berupaya meyakinkan pengunjung untuk membeli-belah di kawasan berkenaan.

Presidennya, Datuk Abd Rasull Abd Razak berkata, keadaan di situ masih sunyi malah bilangan pengunjung berkurang hampir 70%.

Jalan Masjid India sebelum ini dikejutkan dengan insiden seorang wanita warganegara India yang terjatuh ke lubang benam sedalam lapan meter.

Dalam kejadian pada 23 Ogos itu, wanita yang dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi, 48, dari Andhra Pradesh, India, hilang semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Pada September lalu, DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.

Kenyataan itu memaklumkan, menerusi mesyuarat yang dipengerusikan Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Mohamad Hamim, semua agensi telah melaporkan hasil dapatan masing-masing.

Mengulas mengenai Jalan Masjid India, Ibrahim berkata, Jalan Masjid India bukan kawasan batu kapur malah insiden lubang benam yang berlaku pada Ogos itu akibat permukaan tanah menjadi mendap.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya terjumpa kawasan yang dikhuatiri berlaku mendapan tanah agar langkah pencegahan dan penyelenggaraan dapat dilakukan secepat mungkin.

‘Sebenarnya ada tanda-tanda sebelum lubang benam berlaku. Akan nampak sedikit mendapan tanah dan ia potensi berlaku dekat tempat-tempat yang ada parit atau saluran bawah tanah yang pecah yang rosak dan tidak diselenggara secepat mungkin.

“Penduduk KL perlu peka bila ada nampak rekahan atau mendapan tanah dan terus buat aduan serta mengelak daripada melalui kawasan tersebut,’’ katanya.

Jelasnya, dengan menggunakan alat geofizik, pihak berkuasa boleh mengetahui keadaan tanah dan mengesan jika ada lubang di bawah tanah. – 26 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related