Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Umno negeri selar tindakan Zafrul tak berprinsip ‘boleh jadi barah’ runtuh struktur parti’ | Scoop

Umno negeri selar tindakan Zafrul tak berprinsip ‘boleh jadi barah’ runtuh struktur parti’

Ketua Penerangam Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan Zafrul adalah tidak beretika, terdesak dan 'opportunis’

2:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa Umno negeri menyifatkan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai ahli parti yang tidak berprinsip dan hanya mementingkan diri sendiri.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Penerangam Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan Zafrul adalah tidak beretika, terdesak dan ‘opportunis’ serta mampu menjadi barah yang boleh meruntuhkan struktur parti.

“Kita mengutuk sekeras-kerasnya jika ada tindakan ahli parti berpindah dan melompat parti walaupun ianya berlaku diantara parti komponen kerajaan perpaduan.

“Tindakan ini sangatlah tidak boleh diterima dan parti perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang bertindak berbuat demikian.

“Umno Kedah juga memohon agar komponen parti dalam kerajaan Perpaduan tidak sama
sekali melayan tindakan yang sangat tidak bermaruah ini.

“Kita kekal komited mendokong kerjasama di dalam Kerajaan Perpaduan, namun perlu ada ‘garisan’ tertentu yang perlu dihormati,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, pihaknya menyokong penuh ketegasan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memandang serius dan serta sama sekali menolak tindakan sesetengah ahli parti berpangkat ‘kepimpinan’ yang dilihat mengadakan perbincangan untuk melompat parti walaupun ianya terdiri daripada parti komponen kerajaan sendiri.

“Ianya membuktikan pendirian Presiden yang tegas dan komited dalam memelihara kestabilan hubungan di antara sesama komponen parti di dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Mohd Zaidi Md Zain berkata,
Zafrul tidak mempunyai pendirian kecuali memikirkan kepentingan dirinya semata-mata.

“Apa yang dikisahkan Tengku Zafrul ialah hanya tentang dirinya yang telah meninggalkan dunia korporat dan kononnya untuk menjadi sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

“Maka dalam keadaan apa sekali pun, bukan soal kesetiaan kepada mana-mana parti tetapi yang penting ialah selagi mana ada ruang dan peluang untuk ‘berperanan’ maka beliau akan hinggap di situ,” katanya

Mohd Zaidi tidak terkejut apabila Tengku Zafrul memperli orang politik yang bercakap tentang kesetiaan sebagai seorang anggota parti sebagai bermain politik remeh, tidak sihat, ‘cah keting’, ekstrem dan sebagainya.

“Ini kerana beliau tidak nampak bahawa negeri mahu pun negara ini terbina berasaskan sebuah parti politik teguh dan kukuh diperjuangkan ahli yang setia serta sayang kepada parti masing-masing.

“Umno Selangor memberikan peluang kepada beliau untuk bertanding di peringkat Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 atas dasar sebagai ahli Umno dengan sokongan dan dukungan penuh Umno Selangor.

“Bahkan ia dilanjutkan dengan pengorbanan Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli Umno kawasan itu memberikan laluan mudah kepada Tengku Zafrul sebagai ketua bahagian sehinggalah diberikan kepercayaan menjadi Bendahari Umno Selangor.

“Adakah semua ini ada unsur-unsur tidak sihat dan cah keting terhadap beliau,” soalnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan adanya perbincangan awal dalam parti berkenaan berhubung kemungkinan penyertaan Tengku Zafrul ke dalam Kabinet.

Menurut Anwar, PKR bersikap terbuka terhadap penyertaan mana-mana individu termasuk Tengku Zafrul ke dalam parti itu asalkan individu berkenaan boleh menyumbang kepada parti.

Susulan itu Tengku Zafrul mengakui ada menyertai perbincangan dengan PKR, namun belum membuat keputusan berhubung penyertaannya dalam parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu bagaimanapun berkata, perbincangan berkenaan tidak membabitkan jawatan di peringkat negeri mahupun pilihan raya kecil.

Turut menentang tindakan lompat parti itu ialah Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang meminta Umno dan Barisan Nasional (BN) mengkaji semula hubungan dalam Kerajaan Perpaduan.
Ini kerana, kata Akmal, Umno adalah sebuah parti bermaruah dan tidak boleh ditendang ke sana sini.

Desakan itu dibuat Ahmad Zahid pada Jumaat menyelar tindakan ahli Umno yang sanggup meninggalkan perjuangan parti demi mencapai kepentingan peribadi.

Menurut Zahid, parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan juga tidak sewajarnya mengambil ahli dalam kalangan rakan gabungan yang membentuk kerajaan ketika ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN menegaskan, parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan perlu menghormati BN, sama seperti BN yang menghormati rakan lain dalam gabungan berkenaan. – 16 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Related