Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Vivy, suami, percaya sistem kehakiman akan bersihkan nama mereka | Scoop

Vivy, suami, percaya sistem kehakiman akan bersihkan nama mereka

Vivy dan suami memberitahu mereka dimaklumkan oleh SPRM berhubung tuduhan tersebut pada Khamis lalu selepas siasatan dijalankan selama sebulan

7:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengasas platform e-dagang, FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Datin Vivy Sofinas Yusof dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar akan terus memberikan kerjasama penuh berhubung siasatan melibatkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dalam kenyataan bersama yang dibuat menerusi Instagram, Vivy dan suami berkata mereka tidak dapat membincangkan kes berkenaan tetapi percaya sistem kehakiman akan membawa penyelesaian kepada kes itu.

Dengan harapan, kata pasangan itu, akhirnya akan membersihkan nama mereka.

“Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan dan kebaikan anda sepanjang tempoh ini.

“Kami perlu mengambil masa untuk memproses apa yang telah berlaku dan bagaimana situasi telah berkembang.

“Selepas siasatan selama sebulan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kami telah dimaklumkan pada Khamis mengenai tuduhan terhadap kami berkaitan dengan transaksi pada tahun 2018,’’ katanya hari ini.

Pada Khamis, Vivy dan suami mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lepas.

Vivy, 37, dan Fadzarudin, 36, dituduh dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet melakukan pemindahan dana berkenaan dari akaun bank FashionValet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa mendapat kelulusan ahli lembaga pengarah platform e-dagang berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Kes tersebut akan disebut semula pada 22 Januari tahun depan.

Mereka juga dilaporkan bakal berhadapan tuduhan alternatif bersama membabitkan dana pelaburan Khazanah dan PNB.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian Kewangan sebelum ini mendedahkan Khazanah dan PNB entiti menjual pegangan RM47 juta hanya untuk RM3.1 juta, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai kerana ia melibatkan dana awam.

Menurut Kementerian Kewangan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham FashionValet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” menurut kementerian itu.

Mengulas lanjut, Vivy dan suami berharap keadaan akan kembali normal terutama demi orang yang mereka sayangi.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah membantu kami dan menghantar mesej dan doa yang baik. Semoga Tuhan membalas kebaikan anda,’’ katanya. – 7 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related