Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mangsa banjir seluruh negara meningkat lebih 150,000 orang | Scoop

Mangsa banjir seluruh negara meningkat lebih 150,000 orang

Setakat 12.19 tengah hari ini, sebanyak 711 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di 10 negeri

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara kini sudah meningkat kepada 150,912 orang melibatkan 45,294 keluarga dengan Kelantan mencatatkan bilangan teramai iaitu 97,045 mangsa.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan portal info banjir Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) setakat 12.19 tengah hari ini, sebanyak 711 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di 10 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, Perak, Perlis, Pahang, Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan.

Di Kelantan, mangsa-mangsa banjir berkenaan ditempatkan di 282 PPS dengan 9 daerah terlibat.

Pasir Mas merekodkan mangsa tertinggi iaitu seramai 29,824, diikuti Tumpat (18,092), Kota Bharu (13,897), Pasir Puteh (10,270), Bachok (6,840), Kula Krai (6,584), Machang (6,085).

Sementara itu Info Banjir Kelantan memaklumkan paras air Sungai Golok terkini adalah 11.20 meter.

Sementara di Terengganu, mangsa banjir yang direkodkan sehingga kini ialah 40,874 orang diikuti Kedah (9,016 orang), Negeri Sembilan (1,756 orang), Negeri Sembilan (1,756 orang), Pahang (805 orang), Johor (648 orang), Melaka ( 291 orang) dan Selangor (114 orang).

Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, setakat ini seramai 5,600 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diatur gerak bagi melaksanakan operasi membantu mangsa banjir dan ditempatkan ke kawasan yang dijangkakan berlaku banjir.

Menurut Mohammad, arahan bagi melaksanakan operasi membantu mangsa banjir sudah dikeluarkan pada bulan September lalu, justeru semua pihak telah bersedia dari segi kekuatan anggota dan aset, serta ditempatkan ke kawasan yang dijangkakan akan berlaku banjir.

“Dalam keadaan sekarang ini mereka telah pun digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan banjir. Sekiranya ada keperluan untuk penambahan anggota ataupun aset, perkara ini akan dibuat oleh pegawai pemerintah di lapangan bagi menilai keperluan untuk menambah anggota dan aset,” katanya, lapor Buletin TV3.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program larian dan riadah Navy Run 24 yang berlangsung di Dataran DBKL bersempena program KL Car Free Morning (KLCFM) di sini, hari ini.

Mohammad berkata pihaknya juga akan membantu menyediakan keperluan aset bagi mengambil calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pedalaman ke pusat peperiksaan, sekiranya kawasan mereka masih terjejas banjir semasa hari pertama peperiksaan itu esok.

“Kita akan membantu sama ada dari segi kenderaan untuk membawa calon SPM dan sebagainya. Apa sahaja keperluan akan dibuat oleh ketua di negeri masing-masing untuk mengagihkan tugasan kepada agensi-agensi berkenaan dan sekiranya perkara tersebut di diperlukan daripada ATM, kita bersedia membantu,” katanya. – 1 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Sewing up accountability: Khazanah, PNB’s FashionValet losses demand transparency – A. Azim Idris

Public pressure mounts for transparency in the management of the GLCs' funds amid recent investment setbacks

Nga Kor Ming questions ‘strange’ police probe over Christmas celebration

IPOH – Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming confirmed that police have recently recorded his statement in relation to a Christmas celebration organised by his ministry. Nga said officers from the...

The wasted potential that is Port Klang – Ravindran Raman Kutty

Misplaced priorities and plain lackadaisical attitudes kill endless possibilities of port town

Related