Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bukan Melayu masih ragu-ragu untuk sokong Bersatu, akui Muhyiddin | Scoop

Bukan Melayu masih ragu-ragu untuk sokong Bersatu, akui Muhyiddin

Perkara itu jelas diterjemahkan dalam enam pilihan raya kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini

4:11 PM MYT

 

SHAH ALAM – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui orang bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Beliau berkata, perkara itu jelas diterjemahkan dalam enam pilihan raya kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

“Saya akui bahawa masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong Bersatu.

“Dalam siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri baru-baru ini, kemenangan Bersatu dan
Perikatan Nasional (PN) disumbangkan sebahagian besarnya oleh sokongan padu pengundi Melayu dan Bumiputera.

“Ada sokongan bukan Melayu, tetapi masih perlu ditingkatkan lagi. Sebagai parti yang mendokong semangat nasionalisme baharu, Bersatu tidak boleh bergantung kepada sokongan orang Melayu dan Bumiputera untuk membentuk kerajaan,” katanya pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, hari ini.

Muhyiddin turut menolak dakwaan partinya kini berpecah kepada beberapa kumpulan atau kem.

“Itu hanya cubaan untuk memecahbelahkan Bersatu dari dalam. Jangan ada yang kerjanya cucuk sana, cucuk sini. Kononnya ada kem itu dan kem ini.

“Ada kumpulan itu dan kumpulan ini yang akan melemah dan memecahkan kita. Ini semua karut. Saya tidak akan sekali-kali membenarkan perkara karut ini dalam parti,” katanya.

Dalam pada itu Pengerusi PN itu berkata, sebarang tuntutan bagi mengisi jawatan tertinggi kepemimpinan PN ketika ini hanya bersifat cadangan dan pandangan ahli sahaja.

Beliau berkata, ini kerana ia hanya akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi gabungan parti itu.

“Saya sudah keluarkan beberapa kenyataan sebelum ini dan sudah jelaskan mengenai kewujudan Majlis Tertinggi yang akan berbincang berdasarkan apa sahaja faktor dan membuat keputusan secara bersama.

“Malah, mengenai soal calon Perdana Menteri pun ia bukan mengikut keputusan saya, tetapi Majlis Tertinggi yang menentukan,” katanya.

Sebelum ini Pemuda PAS mencadangkan supaya Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilantik sebagai Setiausaha Agung PN yang baharu. – 30 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related