Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Penjawat awam Selangor dapat bantuan khas kewangan 2 bulan gaji | Scoop

Penjawat awam Selangor dapat bantuan khas kewangan 2 bulan gaji

Bayaran pertama akan dibuat pada 30 Disember ini, manakala yang kedua pada 25 Mac tahun hadapan, kata Amirudin

6:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penjawat awam di Selangor akan mendapat bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji dengan bayaran pertama akan dibuat pada 30 Disember ini, manakala yang kedua pada 25 Mac tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembayaran kedua adalah sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan negeri sudah mencapai rekod yang boleh dibanggakan dan Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang merekodkan nilai ekonomi mencecah RM400 bilion.

“Untuk keseluruhan tahun 2023, Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang merekodkan nilai ekonomi mencecah RM400 billion, iaitu sebanyak RM406.1 billion.

“Tambahan kepada itu, nilai dan pungutan hasil melebihi sasaran dari tahun ke tahun meskipun melalui pandemik Covid-19,’’ katanya ketika membentangkan Bajet 2025 negeri Selangor hari ini. – 15 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related