Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
SPRM cuba lengkapkan siasatan isu pelaburan FashionValet 2 minggu lagi: Azam | Scoop

SPRM cuba lengkapkan siasatan isu pelaburan FashionValet 2 minggu lagi: Azam

SPRM juga memaklumkan setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kesemua pihak memberikan kerjasama penuh

5:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan cuba melengkapkan siasatan kerugian pelaburan membabitkan platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini SPRM sudah merakam percakapan 14 individu dan jangkaan empat lagi individu akan dipanggil.

“Siasatan masih diteruskan, setakat ini 14 orang sudah dirakam percakapan. Jangka ada empat lagi (akan dipanggil).

“SPRM akan cuba lengkapkan siasatan mengenainya dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya ringkas kepada Scoop hari ini.

SPRM juga memaklumkan setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kesemua pihak memberikan kerjasama penuh kepada SPRM.

Terdahulu SPRM memaklumkan sedang menyemak dan menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Malah, SPRM mengesan beberapa transaksi kewangan mencurigakan sejak 2018 hingga tahun lalu dalam siasatan kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam platform e-dagang, FashionValet.

Vivy Yusof dan Fadzaruddin disiasat berhubung laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

SPRM juga merampas 60 kotak yang mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah, dan PNB bagi membantu siasatan dan bahagian forensik perakaunan SPRM sedang menyemak semua dokumen yang dirampas.

Sebelum ini, SPRM menggeledah kediaman pasangan itu dan merampas 11 beg tangan mewah serta sebuah jam tangan mewah bernilai sekitar RM200,000.

SPRM juga membekukan beberapa akaun bank peribadi dan syarikat milik pengasas itu, dengan jumlah keseluruhan sekitar RM1.1 juta.

Susulan itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta dalam platform e-dagang FashionValet pada Disember ini.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, prosiding yang dijangka bermula pada minggu kedua Disember itu akan memanggil Khazanah dan PNB untuk menjelaskan mengenai pelaburan berkenaan.

Isu kerugian tersebut mencetuskan kemarahan ramai selepas Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis di Parlimen, baru-baru ini mendedahkan Khazanah dan PNB menjual pegangan RM47 juta dalam FashionValet hanya untuk RM3.1 juta.

Menurut Kementerian Kewangan, penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik. – 14 November, 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related