Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mangsa buruh paksa jambatan kereta api, meninggal dunia pada usia 97 tahun | Scoop

Mangsa buruh paksa jambatan kereta api, meninggal dunia pada usia 97 tahun

K. Arumugam merupakan mangsa tertua yang terselamat dalam tragedi buruh paksa projek pembinaan jambatan kereta api maut di antara Thailand dan Myanmar semasa perang dunia kedua

10:37 AM MYT

 

SEREMBAN – Mangsa tertua yang terselamat dalam tragedi buruh paksa projek pembinaan jambatan kereta api maut di antara Thailand dan Myanmar semasa perang dunia kedua K. Arumugam, 97, meninggal dunia semalam pada 3.26 pagi.

A. Sudhagaran, 45, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

“Kami amat berdukacita dengan pemergiannya kerana beliau seorang yang penyayang kepada anak, cucu dan cicitnya. Beliau adalah wira kami. Sejak pemergian ibu 16 tahun lepas, beliau telah menjaga kami dengan sebaik mungkin.

“Saya amat berterima kasih dengan cara didikan kedua ibu bapa kami yang menyebabkan semua adik-beradik berjaya dalam kerjaya masing-masing termasuk cucu dan cicit. Kami akan begitu merindui beliau,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sudhagaran juga berkata daya ingatan Arumugam masih kuat meskipun sudah berusia hampir 100 tahun dan mendiang sering dijemput memberi ceramah kepada pelajar di beberapa sekolah di Negeri Sembilan.

Mendiang meninggalkan 13 anak, 38 cucu dan 21 cicit.

Ahli keluarga dan kenalan Arumugam boleh memberi penghormatan terakhir mereka di kediaman keluarga mendiang iaitu Rumah Rakyat di Linggi, Port Dickson manakala upacara pembakaran akan berlangsung hari ini. – 10 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related